Categories
AGENDA NASIONAL

Lapan lagi kluster baharu Covid-19, enam babit tempat kerja

PUTRAJAYA, 21 DIS: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu Covid-19 hari ini di tiga negeri iaitu Selangor, Pahang dan Pulau Pinang serta tiga Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan dengan enam daripadanya melibatkan tempat kerja, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata bagi Kluster Pekapuri yang merupakan kluster tempat kerja di Selangor melibatkan daerah Gombak, dengan kes bagi kluster inidilaporkan positif pada hari ini melalui saringan bersasar di tempat kerja.

“Sehingga kini, sejumlah 769 individu disaring dan seramai 202 kes dikesan positif bagi kluster ini,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata bagi Kluster Batu Besar yang melibatkan daerah Klang di Selangor, kes bagi kluster ini dilaporkan positif pada 18 Disember melalui saringan bersasar di tempat kerja.

“Sehingga hari ini, sejumlah 546 individu disaring dan seramai 59 kes dikesan positif,” katanya.

-BERNAMA