Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Kes Covid-19 kekal angka 5,000 tiga hari berturut-turut

SHAH ALAM, 31 JAN: Jangkitan Covid-19 kekal melebihi 5,000 kes tiga hari berturut-turut apabila merekodkan 5,298 kes hari ini, kata ketua pengarah kesihatan.

Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor masih merekodkan negeri tertinggi wabak dengan 2,460 kes, menurun berbanding 3,285 semalam.

“Sebanyak 48,150 kes aktif dengan kebolehjangkitan dan 4,522 kes sembuh.

“Selain itu, terdapat 14 kematian dilaporkan menjadikan jumlah maut akibat wabak seramai 760 orang,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah sebanyak 313 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 127 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Semalam, Malaysia merekodkan 5,728 kes baharu Covid-19 dan 5,725 kes pada Jumaat.