Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Bantuan RM5,000 untuk anak OKU dibuka, empat jenis manfaat disediakan

SHAH ALAM, 17 FEB: Ibu bapa mempunyai anak orang kelainan upaya (OKU) bawah usia 18 tahun digalak memohon bantuan khas Anak Istimewa Selangor (Anis) yang dibuka pada Isnin.

Dato’ Menteri Besar berkata bantuan itu menawarkan manfaat sehingga RM5,000 untuk satu keluarga.

“Khas buat warga Selangor, setiap keluarga boleh menerima empat jenis bantuan iaitu makanan dan keperluan tambahan, pembelian atau pembaikian peralatan mesin, ubat dan pendidikan khas.

“Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM3.25 juta dalam Belanjawan Selangor 2021 bagi pelaksanaan program pemberdayaan OKU. Daftar sekarang di www.anis.yawas.my,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook.

Pemohon boleh melakukan pendaftaran dan semakan di laman sesawang tersebut manakala bantuan akan terus disalur selepas permohonan diluluskan.