Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Bantuan RM5,000 untuk anak OKU dibuka, empat jenis manfaat disediakan

SHAH ALAM, 17 FEB: Ibu bapa mempunyai anak orang kelainan upaya (OKU) bawah usia 18 tahun digalak memohon bantuan khas Anak Istimewa Selangor (Anis) yang dibuka pada Isnin.

Dato’ Menteri Besar berkata bantuan itu menawarkan manfaat sehingga RM5,000 untuk satu keluarga.

“Khas buat warga Selangor, setiap keluarga boleh menerima empat jenis bantuan iaitu makanan dan keperluan tambahan, pembelian atau pembaikian peralatan mesin, ubat dan pendidikan khas.

“Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM3.25 juta dalam Belanjawan Selangor 2021 bagi pelaksanaan program pemberdayaan OKU. Daftar sekarang di www.anis.yawas.my,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook.

Pemohon boleh melakukan pendaftaran dan semakan di laman sesawang tersebut manakala bantuan akan terus disalur selepas permohonan diluluskan.

 

Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Permohonan bantuan anak OKU Selangor dibuka esok

SHAH ALAM, 14 FEB: Permohonan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (Anis) secara dalam talian dibuka mulai esok.

Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) berkata bantuan berkenaan layak untuk anak orang kelainan upaya (OKU) berusia 18 tahun ke bawah.

“Skim ini membabitkan empat jenis bantuan iaitu makanan dan keperluan tambahan, pembelian atau pembaikian peralatan mesin, ubat dan pendidikan khas.

“Mereka yang layak akan menerima manfaat sekali bayar sehingga RM5,000 untuk satu keluarga. Bantuan diberi berdasarkan panduan daripada doktor,” katanya menerusi Facebook.

Menurutnya, pemohon boleh melakukan pendaftaran di laman sesawang www.anis.yawas.my berserta dokumen diperlukan.

“Kelulusan permohonan boleh disemak di laman web yang sama dan bantuan akan terus disalurkan selepas itu,” katanya.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2021 mengumumkan sejumlah RM3.25 juta bagi keseluruhan program dan inisiatif pemberdayaan OKU termasuk seminar kesedaran sokongan untuk anak istimewa.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Bantuan Khas ANIS boleh dimohon mulai April

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 22 MAC: Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (ANIS) boleh dimohon mulai bulan depan, kata EXCO Kesihatan, Kebajikan dan Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud.

Beliau berkata, ibu bapa yang mempunyai anak istimewa atau Orang Kelainan Upaya (OKU) boleh membuat permohonan bantuan khas itu menerusi Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) berdekatan, mulai April ini.

Katanya, ANIS bertujuan meringankan bebanan ditanggung ibu bapa yang mempunyai anak OKU berusia 18 tahun ke bawah dan lahir di Selangor.

“Bantuan Khas ANIS ini adalah bantuan yang diberi secara ‘one-off’ bertujuan meringankan tanggungan kos ibu bapa yang mempunyai anak OKU.

“Malah, saya optimis Tabung Khas ANIS ini sebagai langkah terakhir untuk ibu bapa memohon sekiranya mereka tidak mendapat bantuan daripada JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat); LZS (Lembaga Zakat Selangor) dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung Perbahasan Usul Menyembah Ucapan Terima Kasih Serta Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada Persidangan Dewan Negeri Selangor, di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau yang juga Ahli Dewan Negeri Seri Serdang berkata, sejumlah RM500,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri untuk bantuan itu.

Manakala, katanya, maksima sejumlah RM5,000 akan diperolehi untuk ibu bapa yang memohon dan menepati syarat ditetapkan Kerajaan Negeri.

Sementara itu, beliau turut menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak OKU untuk mendaftarkan anak mereka di bawah JKM kerana pelbagai manfaat akan diterima.

“Saya dimaklumkan kira-kira 80,000 anak OKU sahaja yang berdaftar dengan JKM.

“Oleh itu, saya berharap ibu bapa mempunyai kesedaran mendaftarkan anak mereka di bawah JKM supaya tidak akan ada lagi bantuan yang mereka terlepas,” katanya.

Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Kerajaan Negeri tubuh AnIS bantu anak OKU

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 1 MAC: Kerajaan Negeri mewujudkan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (AnIS) bagi membantu kanak-kanak Orang Kelainan Upaya (OKU), di negeri itu.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, bantuan terbabit bertujuan membantu meringankan tanggungan kos sara hidup, pemulihan dan pendidikan anak OKU yang ditanggung ibu bapa atau penjaga.

“Kerajaan Negeri memperuntukkan dana bantuan khas (kecemasan) yang dimulakan dengan jumlah RM500,000 tahun ini bagi meringankan beban ibu bapa dan penjaga kepada anak OKU terutama menanggung saringan kesihatan.

“Bantuan berkenaan boleh digunakan mereka untuk membeli peralatan khas bagi tujuan pemulihan anak-anak OKU

“Had permohonan yang ditetapkan bagi setiap keluarga adalah RM5,000 setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES), di Bilik MTES, di bangunan SUK, semalam.

Beliau berkata, antara syarat ditetapkan bagi bantuan khas ialah anak itu mempunyai kad OKU dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Pemohon yang mempunyai atau menjaga anak OKU boleh mengisi lengkap borang permohonan AnIS di Pusat Khidmat Masyarakat di 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Selangor atau layari laman web www.selangor.gov.my,” katanya.

Pada masa sama, Amirudin berkata, dana berkenaan juga akan disalurkan ke beberapa taska di setiap DUN supaya dapat melatih guru yang mengasuh kanak-kanak OKU terbabit.

Katanya, ia dapat meringankan beban ibu bapa yang mempunyai anak OKU yang terpaksa menghantar anak mereka ke tadika khas sehingga menelan kos tinggi.