Categories
AGENDA NASIONAL

Dua lagi kluster tempat kerja dikesan di Selangor

SHAH ALAM, 20 FEB: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan dua lagi kluster tempat kerja di Selangor melibatkan 95 kes positif Covid-19.

Ketua pengarah kesihatan berkata kluster Jalan Perusahaan Satu membabitkan pekerja kilang di Kawasan Perusahaan Beranang, Hulu Langat mula dikesan pada 4 Februari lalu.

“Setakat hari ini seramai 472 individu disaring dan 43 daripadanya didapati positif.

“Kluster Perdana Tiga pula dikesan di Gombak selepas kilang berkenaan melaksanakan saringan bersasar sejak 25 Disember lalu melibatkan 87 individu dan 52 kes dikesan,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan.

Selangor mencatat 1,001 kes hari ini iaitu 40.7 peratus dari 2,462 dilaporkan di seluruh negara.