Categories
AGENSI BERITA UTAMA SELANGOR

Kes Covid-19 di Selangor turun kepada tiga digit

SHAH ALAM, 9 FEB: Kes harian Covid-19 di Selangor turun kepada 862 kes berbanding semalam, selepas hampir dua minggu mencatatkan kes empat angka.

Ketua pengarah kesihatan berkata daripada jumlah itu, sebanyak 500 kes dikesan melalui saringan kontak rapat dan 192 kes lain-lain saringan.

“Manakala 168 kes daripada kluster sedia ada dan dua kes import,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, sebanyak tiga kluster tempat kerja dikenal pasti hari ini melibatkan Selangor iaitu kluster Tapak Bina Persiaran Puteri, Industri Mahkota dan Kejuruteraan Subang Baru.

Sementara itu, beliau berkata enam lagi kematian dilaporkan negeri ini membabitkan empat lelaki dan dua wanita berusia antara 49 hingga 79 tahun.

Keseluruhannya, Selangor mencatatkan 80,442 kes sejak pandemik menular.