Categories
AGENDA NASIONAL

Kes sembuh Covid-19 lebih 4,000, catat 17 kematian

SHAH ALAM, 4 FEB: Kes sembuh Covid-19 kekal mencatat angka 4,000 apabila mencatatkan 4,092 kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan pulih 181,886.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat 4,571 jangkitan baharu menjadikan jumlah keseluruhan 231,483 kes.

“Daripada jumlah kes harian, 4,568 merupakan kes tempatan manakala tiga lagi kes import melibatkan warganegara.

“Selain itu, 17 kematian direkodkan melibatkan 15 warganegara dan 2 warga asing menjadikan jumlah keseluruhan maut 826 orang,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah terdapat 308 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 135 memerlukan alat bantuan pernafasan.