Categories
BERITA UTAMA PBT SELANGOR

Bayar kompaun dalam talian, MBSJ mudahkan pengguna

SHAH ALAM, 4 MAC: Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) menyediakan perkhidmatan semakan dan bayaran kompaun secara dalam talian.

Timbalan pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategiknya berkata kaedah itu dapat menjimatkan masa orang ramai tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Inisiatif ini diwujudkan untuk memudahkan penerima kompaun berurusan secara dalam talian melalui portal Ezy MBSJ di pautan https://ezy.mbsj.gov.my dan selaras dengan norma baharu mengurangkan pertemuan sekali gus menjaga penjarakan sosial,” kata Azfarizal Abdul Rashid dalam kenyataan.

Menurutnya untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Pusat Kawalan MBSJ di talian 03-8024 7700.

Bagaimanapun, orang ramai masih boleh membuat pembayaran secara kad atau tunai di kios pihak berkuasa tempatan itu.