Categories
AGENDA NASIONAL

Kes baharu Covid-19 di Selangor meningkat semula

SHAH ALAM, 17 MAC: Kes harian Covid-19 di Selangor hari ini meningkat kepada 499 berbanding 323 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan berkata daripada jumlah itu, 256 kes berpunca dari kluster sedia ada termasuk 156 menerusi kluster baharu.

“Selain itu, 150 lagi daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan 93 pula lain-lain saringan,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan.

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor melaporkan sebanyak 361 kes sembuh hari ini menjadikan jumlah keseluruhan pulih 107,928.

Katanya, tiada kematian dicatat menjadikan ia kekal dengan 316 manakala terdapat 1,953 kes aktif.