Categories
AGENSI SELANGOR

Petaling rekod daerah tertinggi kes baharu Covid-19

SHAH ALAM, 9 MAC: Petaling merekodkan daerah tertinggi positif Covid-19 dengan 142 kes menurun berbanding semalam.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memaklumkan daripada jumlah itu sebanyak 68 kes di Damansara diikuti mukim Petaling (39), Sungai Buloh dan Bukit Raja masing-masing 17 kes.

“Daerah kedua tertinggi adalah Hulu Langat iaitu 108 kes dengan kebanyakannya di Ampang 43, Kajang (39), Cheras (15), mukim Hulu Langat (lapan) serta satu kes di Kluster Penjara Jalan Harapan dan Semenyih.

“Manakala, Gombak pula merekodkan 67 kes diikuti Klang (53), Kuala Langat (49), Kuala Selangor (27), Hulu Selangor (11) dan Sepang (tujuh),” katanya menerusi Facebook.

Selangor hari ini merekodkan seramai 752 pesakit sembuh lebih tinggi berbanding jangkitan baharu iaitu 464 kes.