Categories
AGENSI SELANGOR

Petaling rekod kes baharu Covid-19 tertinggi

SHAH ALAM, 1 MAC: Daerah Petaling merekodkan angka harian Covid-19 tertinggi dengan 193 kes, kata Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

Agensi berkata daripada jumlah itu sebanyak 81 kes di Damansara diikuti mukim Petaling (60), Sungai Buloh (34) dan Bukit Raja (18).

“Daerah kedua tertinggi adalah Hulu Langat iaitu 85 kes dengan kebanyakan kes di Cheras 56 kes, Ampang (15), Kajang (tujuh), Semenyih (empat), tahanan penjara (dua) dan mukim Hulu Langat (satu).

“Manakala, Gombak pula merekodkan 52 kes diikuti Klang (39), Kuala Langat (36) dan Sepang (30),” katanya menerusi Facebook.

Menurut JKNS, tiga daerah lagi mencatatkan kes baharu bawah 15 kes iaitu Kuala Selangor (12), Hulu Selangor (lima) dan Sabak Bernam (satu).

Selangor merekodkan 453 kes baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 adalah 100,346 dengan 2,744 daripadanya kes aktif.