Categories
AGENDA NASIONAL

Covid-19: Dua kluster baharu di Selangor babit tempat kerja

SHAH ALAM, 1 APRIL: Dua daripada enam kluster baharu yang dikenal pasti hari ini dikesan di Selangor membabitkan tempat kerja.

Ketua pengarah kesihatan berkata kluster Jalan Sungai Ramal di Hulu Langat melibatkan pelajar di dua pusat pendidikan sekitar kawasan terbabit.

“Sehingga 1 April, sejumlah 312 individu disaring dengan 15 kes dikesan positif Covid-19,” kata Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan.

Beliau berkata kluster Bukit Serdang di Hulu Langat dan Petaling pula hasil saringan bersasar pekerja kilang di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan.

“Sejumlah 184 individu disaring dengan 29 kes positif setakat ini,” katanya lagi.

Empat lagi kluster ialah kluster Jalan Permas Cetak dan kluster Kait Ganting di Johor, kluster Jalan Teluk Kumbar (Pulau Pinang) dan kluster Taman Emas (Pahang).

Sebanyak 1,378 kluster dilaporkan di seluruh negara sejak pandemik menular. Daripada jumlah itu, sebanyak 1,016 kluster tamat manakala baki masih aktif.