Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Virus merebak pantas di institusi pendidikan, rekod 90 kluster baharu

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah rangkuman terkini mingguan Bernama mengenai Covid-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta peringkat dunia dari 12 hingga 18 Februari 2022.

Kes kumulatif Covid-19 di Malaysia melepasi 3.16 juta kes. Di peringkat global, lebih 421 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 5.89 juta. Lebih 346 juta pesakit dilaporkan sembuh.

Pandemik Covid-19 yang masuk tahun kedua sudah merebak ke 225 buah negara dan wilayah.

SHAH ALAM, 19 FEB: Institusi pendidikan dalam negara terus menjadi lubuk penularan Covid-19 dengan 90 kluster baharu (sekitar 77 peratus) dikesan sepanjang minggu lalu daripada 117 kluster baharu yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Semalam (18 Februari), sebanyak 14 kluster pendidikan dilaporkan daripada 16 kluster baharu iaitu melibatkan Negeri Sembilan (2), Pahang (1), Perlis (1), Pulau Pinang (2), Sabah (2), Selangor (3), WP Kuala Lumpur (1) dan WP Labuan (2).

Kluster paling banyak mencatat kes daripada kluster yang dilaporkan semalam ialah Kluster Kundur Hilir dengan 68 kes, melibatkan Rembau dan Seremban di Negeri Sembilan dan Kluster Pekatra Indah (Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang) dengan 45 kes.

Sementara itu, angka kes harian baharu COVID-19 dalam negara kekal atas paras 20,000 untuk tujuh hari berturut-turut dengan angka tertinggi dilaporkan pada Rabu (16 Februari), sebanyak 27,831 kes.

Semalam (18 Februari), Malaysia merekod sebanyak 27,808 kes harian baharu Covid-19, dengan sembilan buah negeri mencatat kes empat angka, menjadikan kes kumulatif sebanyak 3,166,023.

Negeri yang mencatat kes empat angka adalah Selangor (6,064), Sabah (5,566), Johor (2,716), Kedah (2,537), Pulau Pinang (2,088), Kelantan (1,722), Negeri Sembilan (1,712), Pahang (1,376) dan WP Kuala Lumpur (1,339).

Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula meningkat kepada 233,065, berdasarkan data CovidNow KKM setakat pukul 11:59 malam 18 Februari 2022 dengan kumulatif kes kematian pula meningkat kepada 32,276.

Lonjakan kes Covid-19 dalam negara sejak kebelakangan ini dikaitkan dengan varian Omicron yang boleh menyebabkan penularan ganas, seperti yang dilaporkan turut melanda banyak negara di dunia.

Data kes harian baharu KKM bagi tempoh rangkuman seperti berikut:

12 Februari (22,802), 13 Februari (21,072), 14 Februari (21,315), 15 Februari (22,133), 16 Februari (27,831), 17 Februari (26,701) dan 18 Februari (27,808).

Sebahagian penumpang dilihat memakai pakaian perlindungan lengkap (PPE) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) susulan pengesanan kes pertama positif Covid-19 varian Omicron pada 3 Disember 2021. Foto BERNAMA

Lonjakan kes Covid-19 dalam negara juga melihat beberapa buah negeri merekod kes empat angka sepanjang tempoh Rangkuman ini, seperti berikut:

12 Februari – Selangor (6,136), Sabah (4,107), Johor (3,238), Kedah (1,629), Pulau Pinang (1,574), Kelantan (1,274), Pahang (1,063) dan WP Kuala Lumpur (1,043);

13 Februari – Selangor (5,350), Sabah (3,891), Johor (2,419), Kedah (1,841), Pulau Pinang (1,566), Kelantan (1,208), Pahang (1,099) dan WP Kuala Lumpur (1,001).

14 Februari – Sabah (4,035), Selangor (3,955), Johor (2,800), Kedah (2,733), Pulau Pinang (1,656), Kelantan (1,330) dan WP Kuala Lumpur (1,010).

15 Februari – Sabah (4,374), Selangor (3,862), Johor (2,780), Kedah (2,649), Pulau Pinang (1,681), Kelantan (1,598) dan WP Kuala Lumpur (1,215).

16 Februari – Selangor (6,647), Sabah (5,082), Kedah (2,961), Johor (2,606), Pulau Pinang (2,139), Kelantan (1,914), WP Kuala Lumpur (1,726) dan Negeri Sembilan (1,460).

17 Februari – Selangor (5,858), Sabah (4,794), Kedah (3,243), Johor (2,856), Pulau Pinang (1,999), Kelantan (1,783), WP Kuala Lumpur (1,419) dan Pahang (1,096).

18 Februari – Selangor (6,064), Sabah (5,566), Johor (2,716), Kedah (2,537), Pulau Pinang (2,088), Kelantan (1,722), Negeri Sembilan (1,712), Pahang (1,376) dan WP Kuala Lumpur (1,339).

Menurut data CovidNow KKM, sehingga pukul 11:59 malam 18 Februari, daripada 233,065 kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19, sebanyak 219,696 kes (94.3 peratus) dikuarantin di rumah.

Sebanyak 5,476 Kes (2.3 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC); 7,658 kes (3.3 peratus) di hospital; 103 kes (0.0 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 132 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Dengan kes kumulatif sebanyak 3,166,023 kes, Malaysia kini di tangga 27 daripada 225 buah negara/wilayah yang dilanda Pandemik Covid-19. Di hadapan Malaysia ialah Kanada (3,232,968 kes) dan Peru (3,474,965).

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini, daripada 27,808 kes harian baharu, hanya 103 kes (0.37 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; sementara 27,705 kes (99.63 peratus) lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Kelantan melakukan ujian saringan Covid-19 kepada penumpang yang tiba dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa pada 18 Julai 2021. Foto BERNAMA

KKM meletakkan pesakit Covid-19 yang memerlukan ventilator yang dianggap kritikal di kategori 5. Kategori 4 untuk pesakit yang memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

Sebanyak 12,488 kes sembuh pesakit Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 2,900,682 (91.6 peratus).

Sebanyak 92 kes di Unit Rawatan Rapi disahkan sebagai Covid-19 setakat 18 Februari dan hanya 55 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Dr Noor Hisham dalam paparan di Facebook beliau semalam turut menyatakan, “Setakat ini, kes Covid-19 yang memerlukan bantuan pernafasan harian yang dicatatkan adalah jauh lebih rendah berbanding kes harian Covid-19. Ini sangat berbeza dengan sewaktu kemuncak gelombang varian Delta.”

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt untuk seluruh negara sepanjang tempoh Rangkuman ini melepasi paras 1.00. Data untuk rangkuman mingguan ini seperti berikut:

12 Februari (1.49), 13 Februari (1.43), 14 Februari (1.38), 15 Februari (1.33), 16 Februari (1.32), 17 Februari (1.27) dan 18 Februari (1.24).

Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 18 Februari 2022 adalah Labuan (1.86), Sarawak (1.52) dan Sabah (1.44).

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif Covid-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

Senario Covid-19 di Malaysia

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

12 Februari (140,336), 13 Februari (155,673), 14 Februari (168,447), 15 Februari (182,965), 16 Februari (202,863), 17 Februari ( 217,782) dan 18 Februari (233,065).

Perincian kes harian baharu (27,808 kes) mengikut negeri setakat pukul 11:59 malam 18 Februari 2022, adalah seperti berikut: (+kes import)

Kes harian baharu empat angka – Johor 2,697 (+19), Kedah 2,528 (+9), Kelantan 1,721 (+1), Negeri Sembilan 1,712 (+0), Pahang 1,376 (+0), Pulau Pinang 2,088 (+0), Sabah 5,560 (+6), Selangor 6,041 (+23) dan WP Kuala Lumpur 1,292 (+47).

K​​​​es harian baharu tiga angka – Melaka 516 (+8), Perak 489 (+0), Perlis 203 (+2), Sarawak 386 (+4), Terengganu 537 (+1), WP Labuan 414 (+0) dan WP Putrajaya 129 (+0).

Rekod kes baharu, penularan tempatan dan yang berkaitan:

12 Februari – Kes baharu: 22,802 (3,019,163 kes kumulatif); Kes import: 94 kes [55 warganegara (58.5%); 39 bukan warganegara (41.5%)]; Kes tempatan: 22,708 kes [22,113 warganegara (97.4%); 595 bukan warganegara (2.6%)];

13 Februari – Kes baharu: 21,072 (3,040,235 kes kumulatif); Kes import: 65 kes [29 warganegara (44.6%); 36 bukan warganegara (55.4%)]; Kes tempatan : 21,007 kes [20,526 warganegara (97.7%); 481 bukan warganegara (2.3%)];

14 Februari – Kes baharu: 21,315 (3,061,550 kes kumulatif); Kes import: 81 kes [47 warganegara (58.0%); 34 bukan warganegara (42.0%)]; Kes tempatan: 21,234 kes [20,551 warganegara (96.8%); 683 bukan warganegara (3.2%)];

15 Februari – Kes baharu: 22,133 (3,083,683 kes kumulatif); Kes import: 80 kes [30 warganegara (37.5%); 50 bukan warganegara (62.5%)]; Kes tempatan: 22,053 kes [21,604 warganegara (98.0%); 449 bukan warganegara (2.0%)];

16 Februari – Kes baharu: 27,831 (3,111,514 kes kumulatif); Kes import: 118 kes [60 warganegara (50.8%); 58 bukan warganegara (49.%)]; Kes tempatan: 27,713 kes [27,049 warganegara (97.6%); 664 bukan warganegara (2.4%)];

17 Februari – Kes baharu: 26,701 (3,138,215 kes kumulatif); Kes import: 132 kes [70 warganegara (53.0%); 62 bukan warganegara (47.0%)]; Kes tempatan: 26,569 kes [25,919 warganegara (97.6%); 650 bukan warganegara (2.4%)].

18 Februari – Kes baharu: 27,808 (3,166,023 kes kumulatif); Kes import: 119 kes [60 warganegara (50.4%); 59 bukan warganegara (49.6%)];Kes tempatan: 27,689 kes [27,057 warganegara (97.7%); 632 bukan warganegara (2.3%)];

Sementara itu, jumlah kluster aktif dalam negara kembali meningkat dan setakat Jumaat 18 Februari 2022, jumlah yang direkodkan KKM sebanyak 486. Secara keseluruhan, sebanyak 6,692 kluster dikesan dan 6,206 daripadanya, ditamatkan.

Sepanjang tempoh rangkuman mingguan Bernama (12 hingga 18 Februari), berdasarkan data KKM, sebanyak 117 kluster baharu direkod.

Kluster terbanyak adalah pendidikan pendidikan 90 kluster (77.0 peratus), tempat kerja 15 kluster (13.0 peratus), kumpulan berisiko tinggi 8 kluster (7.0 peratus), diikuti pusat tahanan 2 kluster (2.0 peratus) dan komuniti 1 (1.0 peratus) dan import 1 (1.0 peratus).

Rekod kluster baharu dan perincian kluster:

12 Februari – 11 (tempat kerja 1, pendidikan 8 dan kumpulan berisiko tinggi 2);

13 Februari – 10 (tempat kerja 1, pendidikam 8 dan kumpulan berisiko tinggi 1);

14 Februari – 17 (tempat kerja 3 dan pendidikan 14);

15 Februari – 16 (tempat kerja 2, pendidikan 12, kumpulan berisiko tinggi 1 dan pusat tahanan 1);

16 Februari – 28 (tempat kerja 4, pendidikan 21, import 1, kumpulan berisiko tinggi 2 dan pusat tahanan 1);

17 Februari – 19 (tempat kerja 3, komuniti 1, pendidikan 13, kumpulan berisiko tinggi 2).

18 Februari – 16 (tempat kerja 1, pendidikan 14 dan kumpulan berisiko tinggi 1).

Pesakit Covid-19 yang koma terlantar di wad unit rawatan rapi Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang pada 13 Julai 2021. Foto BERNAMA

Perkembangan lain dalam negara

Pecahan pesakit Covid-19 mengikut kategori:

*Kategori 5 dianggap kritikal dan memerlukan ventilator; kategori 4 memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

Daripada 22,802 kes harian yang dilaporkan pada 12 Februari 2022;

104 kes (0.46 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 22,698 kes (99.54 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Daripada 21,072 kes harian yang dilaporkan pada 13 Februari 2022;

86 kes (0.41 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 20,986 kes (99.59 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Daripada 21,315 kes harian yang dilaporkan pada 14 Februari 2022;

87 kes (0.41 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 21,228 kes (99.59 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Daripada 22,133 kes harian yang dilaporkan pada 15 Februari 2022;

146 kes (0.66 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 21,987 kes (99.34 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Daripada 27,831 kes harian yang dilaporkan pada 16 Februari 2022;

97 kes (0.35 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 27,734 kes (99.65 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Daripada 26,701 kes harian yang dilaporkan pada 17 Februari 2022;

118 kes (0.44 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 26,583 kes (99.56 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Daripada 27,808 kes harian yang dilaporkan pada 18 Februari 2022;

103 kes (0.37 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 27,705 kes (99.63 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Rekod kes sembuh untuk tempoh rangkuman mingguan ini:

12 Februari (5,442), 13 Februari (5,724), 14 Februari (8,517), 15 Februari (7,584), 16 Februari (7,912), 17 Februari ( 11,744) dan 18 Februari (12,488).

*kes kumulatif sembuh sehingga 18 Februari 2022 sebanyak 2,900,682 (91.6 peratus).

Rekod kes kematian:

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif Covid-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.

12 Februari – 15 (BID 5), 13 Februari – 11 (BID 5), 14 Februari – 24 (BID 11), 15 Februari – 31 (BID 10), 16 Februari – 21 (BID 9 ), 17 Februari – 39 (BID 17) dan 18 Februari – 36 (BID 11).

*Jumlah kes kematian sehingga 18 Februari 2022, sebanyak 32,276 kes.

Statistik global Covid-19

Jumlah kes Covid-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 421,878,131 (Rangkuman Mingguan lalu 408,563,576 kes) dengan 5,891,075 kematian (Minggu lalu 5,818,532 kematian). Kes pesakit sembuh sebanyak 346,280,147 berbanding 328,363,602 kes minggu sebelumnya.

Sebanyak 225 negara dilanda pandemik Covid-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, United Kingdom, Perancis, Rusia, Jerman, Turki, Itali dan Sepanyol. (Terkini menyertai senarai – Tonga, Saint Helena dan Micronesia).

Seorang lelaki memakai pelitup muka berjalan melepasi ilustrasi virus di luar pusat sains serantau di Oldham, Britain pada 3 Ogos 2020. Foto REUTERS

Pecahan kes Covid-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 79,998,304 (+79,748);

India 42,801,326 (+21,091);

Brazil 28,058,862 (+117,386);

Perancis 22,151,188 (+82,553);

United Kingdom 18,546,205 (+47,685);

Rusia 15,020,573 (+180,071);

Jerman 13,360,578 (+206,037);

Turki 13,353,676 (+87,411);

Itali 12,377,098 (+53,662);

Sepanyol 10,809,222 (+30,615).

Negara China, di mana bermulanya wabak Covid-19 pada penghujung Disember 2019 di tangga 121 dengan 107,375 (+87 kes harian baharu).

Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Myanmar, Singapura, Laos dan Kampuchea, turut menyertai senarai 121 buah negara yang mencatat lebih 100,000 kes Covid-19.

Pecahan kes kumulatif Covid-19 dan (+kes harian baharu) adalah seperti berikut:

Indonesia di tangga 17 – 5,089,637 (+59,635);

Filipina di tangga 21 – 3,648,925 (+2,232);

Malaysia di tangga 27 – 3,166,023 (+ 27,808);

Vietnam di tangga 31 – 2,685,463 (+42,439);

Thailand di tangga 32 – 2,674,477 (+ 18,066);

Myanmar di tangga 77 – 559,314 (+3,058);

Singapura di tangga 78 – 551,519 (18,094);

Laos di tangga 113 – 140,604 (251);

Kampuchea di tangga 116 – 125,201 (+414);

Brunei di tangga 162 – 27,599 (tiada maklumat)

 

Categories
AGENDA NASIONAL

Kes harian Covid-19 tidak banyak berubah, masih paras 5,000

KUALA LUMPUR, 3 FEB: Kes baharu Covid-19 dalam negara tidak banyak berubah apabila 5,720 kes direkodkan hari ini berbanding 5,736 semalam (2 Feb).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 sebanyak 2,887,780  setakat 12 tengah hari tadi.

Beliau berkata daripada jumlah kes baharu hari ini, sebanyak 43 melibatkan kategori tiga, empat dan lima manakala bakinya kategori satu dan dua.

“Daripada kes hari ini juga, sebanyak 130 adalah kes import dan 5,590 kes tempatan manakala 114 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 56 kes memerlukan bantuan pernafasan,” menurutnya dalam kenyataan harian mengenai situasi semasa jangkitan Covid-19.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 3,968 pesakit dilaporkan pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh setakat ini ialah 2,794,354.

Beliau juga berkata 15  kluster baharu direkodkan dengan 332 kluster masih aktif setakat ini.

Kadar kebolehjangkitan (Rt) negara kini pula berada pada paras 1.14 dengan Perlis merekodkan nilai tertinggi iaitu 1.24 diikuti Johor (1.20) dan Pulau Pinang (1.19) setakat semalam.

— BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

KKM kesan 16 kluster Covid-19 libatkan jemaah umrah

KUALA LUMPUR, 11 JAN: Sebanyak 16 kluster Covid-19 melibatkan jemaah umrah yang pulang dari Arab Saudi dikesan bagi tempoh 25 Nov lepas hingga hari ini dengan tujuh kluster daripadanya melibatkan kes indeks disahkan varian Omicron.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata enam kluster melibatkan kes indeks Presumptive Omicron (berkemungkinan) yang sedang menunggu keputusan jujukan genom penuh (WGS), dan tiga kluster melibatkan kes indeks positif Covid-19 bukan varian Omicron.

Beliau berkata punca penularan disebabkan oleh aktiviti semasa melaksanakan umrah yang tidak mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) kerana tiada amalan penjarakan fizikal, tiada kewajiban pemakaian pelitup muka, serta melibatkan jemaah umrah yang datang dari seluruh pelusuk dunia.

“Selain itu, semasa dikuarantin di rumah selepas pulang dari mengerjakan umrah, terdapat aktiviti yang tidak mematuhi SOP seperti adanya aktiviti kunjung-mengunjung, menziarahi jemaah atau keluarga yang baru pulang dari tanah suci, serta lain-lain lagi.

“Situasi peningkatan kes daripada kluster jemaah umrah yang dilaporkan ini dianggap serius dan membimbangkan kerana berlaku dalam tempoh masa yang singkat serta penularan daripada kes jangkitan import kepada keluarga berlaku dengan cepat,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 456 individu dalam kluster jemaah umrah itu telah disaring dan didapati 219 kes positif yang menjadikan kadar positif sebanyak 48 peratus.

Jelasnya, kesemua 219 kes tersebut dalam kategori satu dan dua, dan sehingga kini tiada kes yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), serta tiada kematian yang dilaporkan daripada kluster jemaah umrah ini.

Sementara itu, beliau berkata kumulatif kes sembuh Covid-19 di negara ini kini berjumlah 2,720,399 kes selepas 2,977 lagi kes sembuh direkodkan sehingga 12 tengah hari ini, manakala kes baharu pula sebanyak 3,175, menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 kini 2,792,035.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan sebanyak 99 kes baharu varian membimbangkan (VOC) dilaporkan sejak 3 Jan lepas sehingga semalam dengan 91 kes baharu varian Delta dan lapan kes baharu varian Omicron.

-BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

Kes Covid-19 meningkat paras 3,000

KUALA LUMPUR, 29 DIS: Jangkitan harian COVID-19 dalam negara kembali meningkat ke paras 3,000 apabila 3,683 kes baharu dicatatkan hari ini berbanding 2,897 kes semalam, menjadikan jumlah kumulatif kini 2,750,516.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu itu, 56 adalah kategori tiga, empat dan lima manakala bakinya kategori satu dan dua iaitu tidak bergejala serta bergejala ringan.

“Kes harian itu melibatkan 3,444 kes tempatan dan 339 kes import. Sebanyak 288 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 162 kes memerlukan bantuan pernafasan,” menurutnya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.

Beliau berkata bagi kes sembuh pula, sebanyak 4,322 kes dicatatkan menjadikan kumulatif pesakit pulih ialah 2,677,406.

Dr Noor Hisham juga berkata terdapat enam kluster baharu dikesan menjadikan jumlah yang masih aktif ialah 227 manakala kadar kebolehjangkitan (Rt) di negara ini ialah 0.93 setakat semalam.

Beliau berkata tiada kes COVID-19 baharu dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir menjadikan jumlah keseluruhan kekal sebanyak 434 kes dan tiada pertambahan kluster baharu yang dilaporkan hari ini dalam kalangan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS).

Sementara itu, sebanyak 110 kes penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir iaitu Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI) (81 kes), penyakit kulit (16) dan Gastroenteritis Akut (AGE) (13).

— BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

4,362 kes baharu, 98 peratus tiada gejala, gejala ringan

KUALA LUMPUR, 17 DIS: Kes baharu Covid-19 dalam negara merekodkan sedikit peningkatan dengan 4,362 kes dilaporkan hari ini berbanding 4,262 semalam menjadikan jumlah kumulatif kes kini 2,711,764.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu tersebut,  4,334 adalah kes jangkitan tempatan manakala 28 lagi kes import.

“Sebanyak 89 kes atau dua peratus adalah kategori tiga, empat dan lima manakala 4,273 kes atau 98 peratus melibatkan kategori satu dan dua”, katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi kes sembuh, Dr Noor Hisham berkata 5,098 kes dicatatkan menjadikan keseluruhan kes pulih kini 2,625,245, manakala 400 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 198 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata 12 kluster baharu dikesan hari ini dan jumlah kluster masih aktif meningkat kepada 257, selain nilai Rt (kadar kebolehjangkitan) di Malaysia setakat semalam turun kepada 0.90.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata perincian nilai RT setakat 16 Dis mengikut negeri menyaksikan Negeri Sembilan mencatatkan nilai tertinggi dengan nilai 1.02, diikuti Pahang dan Pulau Pinang masing-masing dengan nilai 1.00.

— BERNAMA

 

 

Categories
AGENDA NASIONAL

Covid-19: 98.2 peratus kes baharu tiada gejala, gejala ringan

KUALA LUMPUR, 16 DIS: Kes baharu Covid-19 dalam negara merekodkan peningkatan dengan 4,262 kes dilaporkan hari ini berbanding 3,900 semalam menjadikan jumlah kumulatif kes kini 2,707,402.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 4,262 kes itu, 4,226 adalah kes jangkitan tempatan manakala 36 lagi kes import.

“Daripada keseluruhan kes baharu itu, 78 kes atau 1.8 peratus adalah Kategori Tiga, Empat dan Lima manakala 4,184 kes atau 98.2 peratus melibatkan Kategori Satu dan Dua,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kategori Satu dan Dua merujuk kepada pesakit Covid-19 tidak bergejala serta bergejala ringan, manakala Kategori Tiga, Empat dan Lima pula ialah pesakit sama ada mengalami radang paru-paru, memerlukan bantuan oksigen dan alat bantuan pernafasan.

Bagi kes sembuh, Dr Noor Hisham berkata 4,985 kes dicatatkan menjadikan keseluruhan kes pulih kini 2,620,147, manakala 383 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 198 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata enam kluster baharu dikesan hari ini dan jumlah kluster masih aktif adalah 248, selain nilai Rt (kadar kebolehjangkitan) di Malaysia setakat semalam adalah 0.92.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata perincian nilai RT setakat 16 Dis mengikut negeri menyaksikan Negeri Sembilan mencatatkan nilai tertinggi sebanyak 1.02, diikuti Pahang, Pulau Pinang dan Melaka masing-masing 1.00.

— BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

Covid-19: Tiada kluster baharu, 5,019 kes sembuh

KUALA LUMPUR, 14 NOV: Tiada kluster baharu dilaporkan hari ini, namun jumlah kes baharu positif Covid-19 dalam negara kekal melebihi paras 5,000 dengan sebanyak 5,162 kes dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 5,162 kes jangkitan baharu hari ini, 104 kes atau dua peratus adalah Kategori Tiga, Empat dan Lima (melibatkan radang paru-paru, bantuan oksigen dan bantuan pernafasan) manakala 5,058 kes atau 98 peratus lagi adalah Kategori Satu dan Dua (tidak bergejala dan bergejala ringan)

“Sebanyak 524 kes kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 265 lagi kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 hari ini.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 5,019 kes sembuh turut dicatatkan menjadikan kumulatif kes yang pulih dari jangkitan itu kini 2,451,216.

Nilai kadar kebolehjangkitan atau R-Naught (Rt) negara pula adalah 1.05 berbanding 1.04 semalam.

Maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan Covid-19 akan dimuat naik ke laman sesawang COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my dan data dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari.

– BERNAMA

Categories
AGENDA NASIONAL

6,637 kes sembuh Covid-19, atasi kes baharu

KUALA LUMPUR, 28 OKT: Sebanyak 6,637 kes sembuh daripada COVID-19 dilapor di Malaysia hari ini, mengatasi angka harian kes baharu yang merekodkan 6,377 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif kes pulih COVID-19 kini 2,354,622 manakala kumulatif kes baharu adalah 2,454,749 kes.

Beliau berkata lapan kluster baharu pula direkodkan hari ini dengan lima kes melibatkan kluster tempat kerja dan masing-masing satu kes melibatkan kluster kumpulan berisiko tinggi, komuniti dan institusi pendidikan.

“Daripada 6,377 kes harian dilapor hari ini, 101 kes atau 1.6 peratus adalah kategori tiga, empat dan lima manakala 6,276 kes atau 98.4 peratus terdiri daripada kategori satu dan dua.

“Selain itu, 32 kes melibatkan kes import terdiri daripada 20 warganegara dan 12 bukan warganegara manakala kes tempatan ialah 6,345 dengan 6,011 daripadanya warganegara dan 334 bukan warganegara,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.

Dr Noor Hisham memaklumkan sejumlah 564 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 294 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya kadar kebolehjangkitan atau Rt seluruh negara hari ini ialah 0.94 dengan Negeri Sembilan mencatat kadar Rt paling tinggi iaitu 1.02 manakala Labuan satu-satunya kawasan mencatatkan kadar kebolehjangkitan sifar.

Maklumat terperinci berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 dalam negara akan dimuat naik ke laman sesawang COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my dengan data akan dikemas kini pada 12 tengah malam setiap hari.

— BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

Satu kluster baharu dikesan di Selangor, babit tempat kerja

SHAH ALAM, 13 SEPT: Satu kluster baharu Covid-19 dikesan di Selangor selepas dua hari berturut-turut tiada kluster dilaporkan di negeri ini.

Menerusi kenyataan ketua pengarah kesihatan, kluster Industri Jalan Lengkuk dikenal pasti di Klang membabitkan tempat kerja.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak 49 kes positif dicatatkan dalam kluster berkenaan.

Keseluruhannya, sebanyak 32 kluster baharu dilaporkan di seluruh negara, majoriti membabitkan tempat kerja dan komuniti.

Hari ini, jangkitan wabak di Selangor menurun kepada 1,974 kes, paras angka yang hampir sama pada 15 Jun lalu iaitu 1,996.

Negeri ini merekodkan jangkitan paras 2,000 kes dua hari berturut-turut semalam dan Sabtu selepas mencatat 3,595 pada Jumaat.

 

Categories
AGENDA NASIONAL

98.4 peratus jangkitan Covid-19 libat kes tiada gejala, gejala ringan

KUALA LUMPUR, 9 SEPT:  Hanya 1.6 peratus atau 302 kes daripada 19,307 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas adalah daripada kategori tiga iaitu dengan radang paru-paru, empat (perlu bantuan oksigen) dan lima (perlu bantuan pernafasan).

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam kenyataan hari ini memaklumkan bakinya iaitu 19,005 kes atau 98.4 peratus adalah daripada kategori satu iaitu tidak bergejala dan kategori dua (bergejala ringan).

“Daripada jumlah kes baharu juga, enam adalah kes import melibatkan dua warganegara dan empat rakyat asing manakala 19,301 kes melibatkan penularan dalam negara iaitu 17,125 warganegara dan 2,176 rakyat asing.

“Setakat 12 tengah hari juga, sebanyak 24,855 kes sembuh turut dicatatkan menjadikan jumlah kes pulih sepenuhnya di negara ini ialah 1,657,486 kes iaitu 86.3 peratus,” menurutnya dalam kenyataan mengenai perkembangan Covid-19 hari ini.

Beliau berkata jumlah kes aktif di seluruh negara setakat ini ialah 242,802 kes dengan 1,310 dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 737 memerlukan alat bantuan pernafasan.

Khairy berkata 323 kematian turut direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif seramai 19,486 individu terkorban akibat pandemik itu.

“Sebanyak 27 kluster baharu pula dikesan dalam tempoh 24 jam, dengan keseluruhan jumlah kluster yang telah tamat ialah 3,572 dan jumlah kluster aktif sebanyak 1,4450 kluster,” katanya.

— BERNAMA

 

Categories
AGENDA NASIONAL

Selangor catat tujuh kluster Covid-19, lima babit tempat kerja

SHAH ALAM, 25 OGOS: Selangor merekodkan tujuh kluster baharu Covid-19 hari ini dengan lima daripadanya membabitkan tempat kerja.

Ketua pengarah kesihatan menerusi kenyataan memaklumkan kluster tempat kerja membabitkan kluster Tapak Bina Persiaran Puncak Alam 11 yang tercetus di Kuala Selangor, Petaling dan Klang serta kluster Tapak Bina Persiaran Emas di Kuala Langat.

Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tiga lagi kluster tempat kerja ialah kluster Industri Anggerik Mokara 59 di Klang, kluster Jalan Lalang Batu 30 di Hulu Langat dan kluster Jalan Western 2 di Sepang.

Baki dua lagi ialah kluster Lorong Enam Sekinchan di Sabak Bernam membabitkan komuniti dan kluster kumpulan berisiko tinggi di Jalan Sepang 2, Sepang iaitu kluster Jalan Sepang 2.

Keseluruhannya sebanyak 211 kes positif dikesan dalam semua kluster terbabit hasil saringan terhadap 699 individu.

Hari ini, Selangor mencatat 6,325 kes baharu dengan 105 kematian iaitu 80 kes di hospital manakala selebihnya meninggal dunia sebelum tiba di hospital (BID).

Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

1,436 kluster Covid-19 masih aktif dalam negara

SHAH ALAM, 23 OGOS: Sebanyak 4,442 kluster jangkitan Covid-19 dikesan dalam negara sejak pandemik menular dengan 1,436 daripadanya masih aktif.

Ketua pengarah kesihatan dalam kenyataan menyebut sebanyak 24 kluster baharu turut direkodkan semalam meliputi tempat kerja, komuniti dan kumpulan berisiko tinggi.

Lampiran dikongsikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menunjukkan empat kluster tempat kerja dikesan di Johor manakala tiga lagi di Melaka.

Kluster sama turut dikesan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Perak dan Kelantan – masing-masing satu kes.

Sementara lima kluster komuniti dikesan di Kelantan, Sarawak (empat) serta masing-masing satu di Pahang dan Sabah.

Satu kluster kumpulan berisiko tinggi pula dikesan di Selangor membabitkan Jalan Besar Pulau Meranti, Sepang dengan 26 kes.