Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Sultan terima zakat niaga RM3.13 juta dari dua syarikat korporat

SHAH ALAM, 21 APRIL: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor kelmarin berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah RM3.13 juta daripada dua syarikat korporat.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) berkata Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menerima RM2.13 juta daripada Worldwide Holdings Berhad manakala RM1 juta daripada Sime Darby Property.

Worldwide Holdings diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datin Paduka Norazlina Zakaria sementara Pengarah Urusan Kumpulan Dato’ Azmir Merican mewakili Sime Darby Property.

Bayaran zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2020 itu berlangsung di Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong di sini.

Dalam majlis itu, Sultan Selangor ditemani DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Hadir sama, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor Tan Sr Abdul Aziz Mohd Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS Saipolyazan M Yusop.