Categories
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

Kes baharu Covid-19 naik kembali atas angka 3,000

SHAH ALAM, 2 MEI: Kes positif baharu Covid-19 naik kembali atas angka 3,000 apabila sebanyak 3,418 kes direkodkan hari ini berbanding 2,881 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 415,012 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitternya berkata daripada jumlah itu Selangor merekodkan jumlah kes tertinggi melibatkan 1,200 kes diikuti Sarawak (587) dan Kelantan (400).

Ia kemudian diikuti Johor merekodkan 213 kes, Kuala Lumpur (198) ; Terengganu (184) ; Pulau Pinang (145); Sabah (115); Kedah (101); Perak (77); Negeri Sembilan (73); Melaka (61) serta Pahang (45).

Pada masa sama Putrajaya merekodkan sebanyak 8 kes diikuti Labuan (7) sementara Perlis merekodkan 4 kes.