Categories
AGENSI SELANGOR

Mais tangguh operasi bersemuka sepanjang PKP

SHAH ALAM, 17 MEI: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menangguhkan operasi perkhidmatan bersemuka sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Agensi berkata bagaimanapun kaunter kewangan dibuka dari jam 9 pagi hingga 1 tengah hari selain urusan di Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan, Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman dan Pusat Pemulihan Baitul Islah berjalan seperti biasa.

“Pembayaran secara dalam talian digalakkan. Urusan permohonan seperti wasiat (e-wasiat), e-faraid dan e-aduan boleh dilakukan menerusi laman sesawang rasmi iaitu www.mais.gov.my.

“Mais akan terus mengutamakan serta memudahkan urusan orang ramai di samping mematuhi arahan PKP,” kata agensi menerusi kenyataan hari ini.

Mais turut menggalakkan orang awam mengikuti Facebook Majlis Agama Islam Selangor dan Instagram mais_officialhq bagi mendapatkan sebarang perkembangan.

Bermula 12 Mei lalu hingga 7 Jun depan, kerajaan melaksanakan PKP susulan peningkatan pandemik Covid-19.