Categories
AGENDA NASIONAL

AMK cadang PAKATAN guna logo KEADILAN dalam PRU15

SHAH ALAM, 5 JUN: Angkatan Muda Keadilan (AMK) mencadangkan calon Pakatan Harapan (PAKATAN) yang bertanding dalam pilihan raya umum (PRU) ke-15 menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

Berucap dalam Kongres Nasional Tahunan KEADILAN 2020 secara maya hari ini, ketuanya Akmal Nasir berkata penggunaan logo parti itu bertujuan mengembalikan semula keyakinan rakyat.

“Bagi menggembleng kekuatan dan mengembalikan keyakinan rakyat, AMK Malaysia ingin mengusul agar bendera KEADILAN menjadi logo mewakili PAKATAN dalam mendepani PRU akan datang,” katanya.

Akmal juga meminta pimpinan parti mengambil serius cadangan untuk mengetengah anak muda yang berpotensi sebagai calon dalam menghadapi PRU15.