Categories
AGENDA NASIONAL

Kes Covid-19 kekal bawah 6,000, Selangor catat 1,973 kes

SHAH ALAM, 13 JUN: Jumlah kes Covid-19 menurun sedikit berbanding semalam dengan 5,304 kes dicatatkan hari ini, Selangor tertinggi dengan 1,973 kes.

Mengikut data dikongsi ketua pengarah kesihatan jumlah keseluruhan jangkitan kini 657,508 kes.

Berikut pecahan kes mengikut negeri yang dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook:

Selangor – 1,973
WPKL – 462
Sabah – 335
Johor – 363
Sarawak – 544
N Sembilan – 331
P Pinang – 256
Kelantan – 179
Perak – 121
Kedah – 301
Melaka – 145
Pahang – 78
Terengganu – 46
WP Labuan – 158
WP Putrajaya – 7
Perlis – 5