Categories
AGENDA NASIONAL

8,485 jangkitan Covid-19 hari ini melibatkan kes tiada gejala

SHAH ALAM, 24 JULAI: Sebanyak 8,485 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini adalah daripada kategori 1 iaitu tidak bergejala, kata ketua pengarah kesihatan.

Menerusi kenyataan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah berkenaan adalah lebih separuh atau 53.4 peratus daripada jumlah keseluruhan 15,902 kes.

Katanya, pesakit kategori 2 iaitu bergejala ringan sebanyak 6,901 kes, kategori 3 (radang paru-paru) sebanyak 127 kes, kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen) sebanyak 129 kes dan kategori 5 (kritikal dan memerlukan rawatan intensif di unit rawatan rapi) sebanyak 260 kes.

Jumlah jangkitan Covid-19 dalam negara terus meningkat kepada 15,902 kes, mengatasi angka tertinggi 15,573 kes yang dicatatkan semalam.

Jumlah keseluruhan kes dalam negara kini mencecah 996,393.