Categories
AGENDA NASIONAL

Jangkitan harian bertahan pada paras hampir 7,000 kes, Selangor pula 2,907

SHAH ALAM, 2 JULAI: Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara hari ini merekodkan sebanyak 6,982 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Facebook memaklumkan angka tersebut menunjukkan penurunan enam kes berbanding 6,988 semalam dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 765,949.

Selangor kekal negeri tertinggi dengan 2,907 kes diikuti Kuala Lumpur (637), Negeri Sembilan (606), Johor (517) dan Sarawak (440).

Selain itu, Pulau Pinang merekodkan 351 kes, Pahang (329), Kedah (257), Sabah (230), Melaka (202), Perak (182), Labuan (131) dan Kelantan (129).

Negeri mencatat kurang 100 kes adalah Terengganu (44) dan Putrajaya (20) manakala Perlis sifar kes.