Categories
AGENDA NASIONAL

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 pada 1.16, Terengganu tertinggi

KUALA LUMPUR, 29 JULAI: Kadar kebolehjangkitan Covid-19 (R-naught) di Malaysia menunjukkan peningkatan apabila mencatatkan angka 1.16 semalam berbanding 1.14 pada Selasa.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menerusi laman Facebooknya, berkata Terengganu mencatat kadar tertinggi dengan 1.33 diikuti Kelantan (1.26) serta Sabah dan Pulau Pinang (1.25).

Sembilan lagi negeri lain mencatat kadar di antara 1.04 hingga 1.22 iaitu Sarawak, Melaka, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Perak, Johor dan Kedah.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

– BERNAMA