Categories
AGENDA NASIONAL

Kes Covid-19 turun kepada angka 8,000, Selangor kekal lebih 4,000

SHAH ALAM, 12 JULAI: Kes baharu Covid-19 menurun kepada angka 8,000 hari ini iaitu 8,574 kes selepas merekodkan 9,000 kes empat hari berturut-turut.

Mengikut data yang dikongsi ketua pengarah kesihatan di Facebook, Selangor kekal merekodkan angka lebih 4,000 iaitu 4,308 kes, sedikit menurun berbanding 4,682 semalam.

Berikut jumlah kes wabak mengikut negeri yang ditunjukkan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah:

Negeri Sembilan – 794
Kuala Lumpur – 609
Kedah – 415
Melaka – 411
Johor – 407
Pahang – 314
Sabah – 298
Sarawak – 235
Pulau Pinang – 231
Perak – 168
Terengganu – 140
Kelantan – 133
Labuan – 66
Putrajaya – 45
Perlis – 0