Categories
AGENDA NASIONAL

Jumlah jangkitan bertahan di paras lebih 20,000 kes, Selangor kekal 8,000

SHAH ALAM, 6 OGOS: Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara kekal pada paras tertinggi hari ini dengan 20,889 kes, meningkat beberapa ratus berbanding 20,596 kes semalam.

Angka yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook menunjukkan jangkitan di Selangor berada pada paras lebih kurang semalam apabila mencatat 8,792 kes.

Jangkitan di Kuala Lumpur kembali meningkat kepada 2,483 kes berbanding 2,163 semalam, sementara Pulau Pinang menurun kepada 776 kes berbanding 1,022 semalam.

Manakala Kedah, Sabah dan Johor juga bertahan dengan jumlah jangkitan empat angka iaitu masing-masing 1,371 kes, 1,291 dan 1,275 kes.

Pecahan kes di negeri dan wilayah lain seperti berikut:

Negeri Sembilan – 986
Kelantan – 938

Sarawak – 652
Perak – 624
Pahang – 610

Melaka – 491
Terengganu – 460

WP Putrajaya – 122

WP Labuan – 9
Perlis – 9