Categories
AGENDA NASIONAL

Jumlah jangkitan Covid-19 makin turun, Selangor paras 5,000

SHAH ALAM, 16 OGOS: Jumlah jangkitan Covid-19 di seluruh negara terus menurun kepada 19,740 kes berbanding 20,546 semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.

Data dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook menunjukkan jangkitan di Selangor juga turun mendadak kepada 5,706 kes berbanding 7,307 semalam.

Enam negeri kekal kes empat angka iaitu Sabah dengan 1,728 kes diikuti Kedah (1,592), Johor (1,510), Kuala Lumpur (1,360), Pulau Pinang (1,251) dan Kelantan (1,227).

Jangkitan di dua negeri juga meningkat kepada empat angka. Sarawak merekodkan 1,566 kes berbanding 963 semalam manakala Melaka dengan 1,120 kes berbanding 631 semalam.

Jumlah jangkitan di negeri dan wilayah lain seperti berikut:

Perak – 938

Terengganu – 688
Pahang – 646

Negeri Sembilan – 343

WP Putrajaya – 43
Perlis – 20

WP Labuan – 2