Categories
BERITA UTAMA

MB ucap takziah pemergian bekas Panglima ATM ketujuh

SHAH ALAM, 24 OGOS: Dato’ Menteri Besar mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Allahyarham Tan Sri Mohd Ghazali Mohd Seth atas pemergiannya ke rahmatullah hari ini.

“Negara kehilangan seorang tokoh perwira yang telah banyak berjasa.

“Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Facebook.

Mohd Ghazali dilahirkan di Johor Bharu, Johor pada 4 Februri 1929 adalah Panglima ATM ke-7 dari 1982 hingga 1985 dan sebelumnya bekas Panglima Tentera Darat (1977 hingga 1982).

Beliau meninggal dunia di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur dan jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara kira-kira jam 2.30 petang tadi.