Categories
AGENDA NASIONAL

Jumlah jangkitan naik sedikit, Selangor lebih paras 1,000 kes

SHAH ALAM, 28 SEPT: Jangkitan Covid-19 di Selangor kembali ke paras 1,000 hari ini dengan 1,231 kes direkodkan, menurut ketua pengarah kesihatan.

Semalam, negeri ini mencatat jangkitan bawah 1,000 dengan 979 kes direkodkan.

Data dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook juga menunjukkan jangkitan di seluruh negara sedikit naik kepada 11,332 kes berbanding 10,959 semalam.

Sarawak kekal mencatat jangkitan tertinggi dengan 2,358 kes diikuti Johor (1,319) dan Kelantan (1,088).

Jumlah jangkitan di negeri dan wilayah lain seperti berikut:

Sabah – 965
Pulau Pinang – 895
Kedah – 819
Perak – 678
Pahang – 677
Terengganu – 629
Melaka – 303
WPKL – 240

Negeri Sembilan – 89
WP Putrajaya – 19
Perlis – 19

WP Labuan – 3