Categories
AGENDA NASIONAL

Separuh populasi di Malaysia lengkap dos vaksin

KUALA LUMPUR, 9 SEPT: Separuh daripada populasi keseluruhan rakyat Malaysia atau 50.5 peratus (16,492,295) kini sudah lengkap menerima suntikan vaksin setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan 64.1 peratus atau 20,943,582 daripada populasi keseluruhan pula, telah mendapat sekurang-kurangya satu dos vaksin.

Sebanyak 320,452 dos vaksin Covid-19 melibatkan 128,038 dos pertama dan 192,414 dos lengkap juga diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin sebanyak 37,392,241.

Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan pada 24 Februari lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

-BERNAMA