Categories
AGENDA NASIONAL

Tiga hari berturut-turut Selangor rekod 2,000 kes Covid-19

SHAH ALAM, 8 SEPT: Jangkitan Covid-19 di Selangor memasuki hari ketiga mencatat jumlah pada paras 2,000 iaitu 2,989 kes hari ini, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Semalam, negeri ini merekodkan 2,107 kes manakala 2,126 pada Isnin, lebih kurang angka sekitar Mei atau Jun lalu.

Selain mendapat jumlah suntikan vaksin yang tinggi, Selangor menunjukkan aliran menurun angka jangkitan sekitar 3,000 hingga 4,000 kes sejak lebih seminggu lepas.

Angka yang dikongsi KKM di Facebook menunjukkan jumlah jangkitan seluruh negara meningkat kepada 19,733 kes berbanding 18,547 semalam.

Sarawak kekal mendahului jumlah jangkitan tertinggi iaitu 3,100 diikuti Pulau Pinang (2,474) dan Sabah (2,067).

Negeri merekodkan jangkitan empat angka:

Kedah – 1,564
Kelantan – 1,471
Perak – 1,319

Jangkitan di negeri dan wilayah lain seperti berikut:

Terengganu – 904
Pahang – 700
WP Kuala Lumpur – 537
Melaka – 375
Negeri Sembilan – 256
Perlis – 74
WP Putrajaya – 29
WP Labuan – 7