Categories
ADN BERITA UTAMA SELANGOR

100 penghantar makanan Sungai Kandis sertai RiDE

SHAH ALAM, 16 OKT: Seramai 100 penghantar makanan dalam perkhidmatan e-panggilan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis terpilih menyertai program Inisiatif Roda Darul Ehsan (RiDE) tahun ini.

Wakil rakyatnya Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata penerima terbabit diharap dapat memanfaatkan bantuan berkenaan untuk menyelenggara motosikal dan membeli barang keperluan harian.

“Pelbagai insentif dan dana dikeluarkan Kerajaan Selangor bagi meringankan beban pelbagai lapisan masyarakat susulan pandemik Covid-19, RiDE salah satu daripadanya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis penyerahan insentif RiDE DUN Sungai Kandis disempurnakan EXCO Pembangunan Generasi Muda Mohd Khairuddin Othman di Jalan Kebun, dekat sini, hari ini.

Permohonan RiDE dibuka dari Januari hingga akhir tahun ini melalui laman sesawang https://msnselangor.gov.my .

Belanjawan Selangor 2021 memperuntuk RM2 juta untuk program tersebut dengan sasaran 3,000 peserta.

Pada 16 Ogos, Kerajaan Negeri bersetuju memperluas program RiDE kepada individu berusia 30 hingga 40 tahun berikutan ramai penghantar makanan peringkat usia itu terjejas pendapatan.