Categories
AGENDA NASIONAL

Jangkitan harian Covid-19 semakin menurun, catat 6,709 kes hari ini

SHAH ALAM, 11 OKT: Jumlah jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan hari ini terus menunjukkan penurunan dalam tiga hari berturut-turut dengan 6,709 kes, kata ketua pengarah kesihatan.

Maklumat dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan angka direkodkan itu menyaksikan jumlah keseluruhan kiniĀ  mencecah 2,345,303 kes.

Daripada 6,709 kes tersebut, sebanyak 6,703 melibatkan penularan dalam negara dan enam lagi adalah kes import.

Manakala jumlah kes sembuh pula mencatatkan 10,833 hari ini, menjadikan angka keseluruhan 2,206,502 kes.

Semalam, sebanyak 7,373 kes baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini berbanding 8,743 kelmarin.