Categories
AGENDA NASIONAL

Jangkitan harian Covid-19 catat 4,701 kes

SHAH ALAM, 6 NOV: Jangkitan harian Covid-19 menurun hari ini dengan 4,701 kes direkodkan berbanding 4,922 semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.

Angka dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook itu menjadikan keseluruhan kes sejak pandemik bermula di negara ini sebanyak 2,501,966.