Categories
AGENDA NASIONAL

Kes harian Covid-19 naik sedikit kepada 4,885

SHAH ALAM, 22 NOV: Jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara hari ini meningkat sedikit kepada 4,885 kes berbanding 4,854 semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.

Maklumat dikongsi menerusi Facebook Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan angka dicatat itu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,591,486 kes.

Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow: https://covidnow.moh.gov.my