Categories
NASIONAL

Sesi persekolahan penggal tiga 2021/2022 bermula 2 Januari hingga 20 Mac

SHAH ALAM, 15 NOV: Kementerian Pendidikan menetapkan sesi persekolahan penggal tiga 2021/2022 akan bermula pada 2 Januari hingga 20 Mac 2022 bagi Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Kementerian dalam kenyataan berkata bagi sekolah dalam Kumpulan B pula bermula pada 3 Januari hingga 20 Mac 2022.

Ia melibatkan Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor,  Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Dalam pada itu kenyataan berkenaan menyebut kalendar akademik  sesi 2022/2023 bermula pada 21 Mac 2022 hingga 11 Mac 2023 bagi sekolah di negeri Kumpulan A.

Sekolah di negeri Kumpulan B pula, sesi persekolahan bermula 21 Mac 2022 hingga 12 Mac 2023.