Categories
AGENDA NASIONAL

Bekalan air di 463 kawasan pulih sepenuhnya

SHAH ALAM, 17 DIS: Bekalan air di empat wilayah yang terjejas susulan pencemaran Sungai Semenyih pulih sepenuhnya jam 11 malam tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi kenyataan memaklumkan wilayah terbabit meliputi Hulu Langat, Kuala Langat, Putrajaya dan Sepang.

Air Selangor mengucapkan terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini melalui semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Facebook, Twitter, Instagram dan laman web www.airselangor.com.

Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 atau Help Centre di aplikasi Air Selangor.

Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dihenti tugas semalam susulan pencemaran bau diesel yang dikesan di Sungai Semenyih sekali gus menjejaskan bekalan air di 463 kawasan.