SHAH ALAM, 19 DIS: Lapan bot gelembung digunakan untuk membantu memindahkan mangsa banjir di sekitar kawasan Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Amirudin Shari menjelaskan kemudahan itu perlu berikutan petugas Majlis Bandaraya Shah Alam dan sukarelawan sukar memasuki kawasan itu.
Setakat pagi tadi, seramai 300 penduduk Taman Sri Muda yang terkandas akibat banjir luar biasa diselamatkan dan ditempatkan ke pusat pemindahan sementara.
Kerajaan Negeri turut mengalu-alukan bantuan bot persendirian dari individu dan orang awam bagi meningkatkan aset dengan menghubungi 03-55105811.