Categories
AGENDA NASIONAL

Jangkitan harian Covid-19 kembali lebih 5,000 kes

SHAH ALAM, 1 DIS: Jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara hari ini meningkat 5,439 kes berbanding 4,879 semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.

Maklumat dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook memaklumkan ia menjadikan jumlah keseluruhan kini sebanyak 2,638,221 kes.

Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow: https://covidnow.moh.gov.my