Categories
AGENDA NASIONAL

Tujuh daerah di Selangor dijangka alami ribut petir, hujan lebat

SHAH ALAM, 31 JAN: Tujuh daerah di negeri ini dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 6 petang ini.

Kawasan yang terlibat ialah Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Perak, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan juga diramal berdepan cuaca yang sama.

Di Perak, kawasan yang terlibat ialah Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim manakala Negeri Sembilan pula di Jelebu, Seremban dan Port Dickson.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.