OLEH AFIX REDZUAN
KUCHING, 4 OKT: Selangor gagal mengekalkan rekod tanpa kalah bola sepak peringkat Kumpulan A Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA XIX) selepas tunduk 3-5 kepada Melaka.
Selangor yang sudah mengesahkan tiket ke separuh akhir semalam hanya menurunkan barisan pemain kedua bagi melengkapkan jadual perlawanan.
Babak pertama menyaksikan Selangor ketinggalan 3-1 sebelum Melaka menambah lagi dua jaringan pada minit ke-60 dan 70.
Selangor cuba bangkit pada 10 minit terakhir permainan menerusi dua jaringan Mohamad Firdaus Baharudin namun gagal mengubah keputusan 3-5 kekal sehingga tamat perlawanan.
Selangor dijadualkan bertemu Sabah dalam aksi separuh akhir esok di Stadium Negeri Sarawak sementara Kelantan akan bertemu Pulau Pinang bagi mencari tempat ke perlawanan akhir.
EZY