Categories
SELANGOR

Kertas siasatan dibuka, bawa kes pencemaran bau air ke mahkamah

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 4 OKT: Kertas siasatan berhubung kes pencemaran bau air di Sungai Semenyih dibuka bagi tujuan pendakwaan pihak tidak bertangungjawab ke muka pengadilan.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, berkata proses pengumpulan bukti juga kini dibuat untuk tujuan tersebut.

“Selain sitaan kawasan tapak kilang haram dibuat, Kerajaan Negeri juga mengarahkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk menyediakan kertas siasatan supaya kes ini akan dibawa ke mahkamah secepat mungkin.

“Untuk tempoh ini, kita masih menjalankan pemantauan berterusan walaupun selepas 10 hari Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Air Selangor bertungkus lumus mencari punca pencemaran sebelum ini,” katanya kepada SelangorKini di pejabatnya, di sini.

ct6jbryueaalvxhPagi tadi, punca pencemaran bau Sungai Semenyih di Jalan Sungai Lalang berjaya dikenal pasti ekoran tindakan pihak tidak bertangungjawab mengalirkan bahan tercemar ke sungai berkenaan.

Susulan itu, Loji Rawatan Air Semenyih terpaksa ditutup pagi ini untuk kerja pembersihan sehingga suatu tempoh dimaklumkan kemudian.

Dalam perkembangan itu, Elizabeth berkata pemantauan di kawasan punca pencemaran diteruskan sebagai jaminan bekalan air bersih dapat disalurkan kepada rakyat.

“Kita minta supaya rakyat bersabar kerana isu ini diluar jangkaan. Namun kita tetap komited untuk terus menjalankan gerak kerja pemantauan di semua tapak perindustrian di Semenyih,” katanya.

EZY