OLEH NAZLI IBRAHIM
KUALA LUMPUR, 19 NOV: Pemilik kedai makan sekitar ibu kota berhadapan situasi kekurangan meja dan kerusi untuk menampung kehadiran peserta Bersih 5 hari ini.
Tinjauan SelangorKini di beberapa restoran, pelanggan terpaksa berdiri sementara menunggu tempat kosong.
Antaranya Restoran Yusuf dan Zakhir yang terletak di Pasar Seni.
Selain itu, penjaja makanan segera seperti sandwich juga tidak melepaskan peluang mencari wang saku tambahan.
Menurut salah peniaga terlibat, beliau terpaksa menambah barangan jualannya ekoran permintaan tinggi.
-nR-