Categories
GLOBAL

Amerika beri amaran perjalanan ke Eropah

WASHINGTON 2 MEI: Jabatan Negara Amerika Syarikat mengeluarkan amaran perjalanan ke Eropah kepada semua warganya.

Berikutan itu, jabatan berkenaan menasihatkan warga negaranya supaya berhati-hati berikutan peningkatan ancaman serangan militan di benua berkenaan, lapor REUTERS.

Dalam amaran itu, jabatan berkenaan turut memetik kejadian terbaharu yang berlaku Perancis, Russia, Sweden dan Britain, selain berkata Daesh dan al-Qaeda ‘ mempunyai kemampuan untuk merancang serta melaksanakan serangan keganasan di Eropah’.

Sebelum ini, Jabatan Negara sudah mengeluarkan amaran perjalanan ke Eropah, iaitu menjelang cuti musim sejuk, namun ditamatkan pada Februari lalu.

Bagaimanapun, pegawai Jabatan Negara berkata, amaran yang dikeluarkan semalam itu tidak merujuk kepada mana-mana ancaman, tetapi sebagai peringatan berterusan, khususnya menjelang cuti musim panas. Amaran itu bakal ditamatkan pada 1 September depan.

=EZY=