Categories
NASIONAL

Apa BERITA MENARIK hari ini?

Berikut adalah LIMA rangkuman berita menarik pada 9 MEI 2017. Klik pautan untuk berita lanjut:
1. Penjawat awam cemerlang tunjang kestabilan negeri

Pencapaian cemerlang penjawat awam Selangor mendorong kepada perkembangan kestabilan ekonomi negeri sehingga berjaya di peringkat antarabangsa.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata, tanggungjawab secara konsisten penjawat awam kini menjadi penggerak dalam memainkan fungsi sebenar sesebuah pentadbiran telus dan ikhlas.

https://selangorkini.my/2017/05/penjawat-awam-cemerlang-tunjang-kestabilan-negeri/
2. Putrajaya perlu belajar politik matang di Selangor

Putrajaya disaran mencontohi amalan politik matang yang diamalkan di Selangor bagi membolehkan prinsip demokrasi negara terus terjamin pada masa depan.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik, Yaakob Sapari berkata, pentadbiran Umno Barisan Nasional (Umno BN) di Putrajaya menghalang prinsip demokrasi itu berkembang positif di negara ini.

https://selangorkini.my/2017/05/putrajaya-perlu-belajar-politik-matang-di-selangor/
3. Kesatuan Eropah lega Macron menang Presiden Perancis

Kesatuan Eropah (EU) menarik nafas lega dengan kemenangan Emmanuel Macron dalam pilihan raya Presiden Perancis selepas calon berhaluan sederhana itu berjaya menyingkirkan Marine Le Pen.

Kejayaan Macron,39, muncul sebagai Presiden termuda dalam sejarah Perancis apabila Marine Le Pen sebelum ini mengancam mahu membawa keluar negara ini daripada blok terbabit selepas Britain.

https://selangorkini.my/2017/05/kesatuan-eropah-lega-macron-menang-presiden-perancis/
4. Pakatan: Tak susah cari PM lebih bagus dari Najib

Pakatan Harapan (Pakatan) yakin kemampuan bakal calon Perdana Menteri yang diketengahkan nanti jauh lebih baik berbanding prestasi Perdana Menteri hari ini, Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata ini kerana rekod prestasi Najib jelas terlalu banyak kelemahan dalam pelbagai aspek khususnya melibatkan kemampuan menjaga kepentingan rakyat.

https://selangorkini.my/2017/05/pakatan-tak-susah-cari-pm-lebih-bagus-dari-najib/
5. Rakyat Malaysia menang rancangan masakan di Britain

Resipi ‘Udang Masam Manis’ hidangan rakyat Malaysia berjaya memenangi salah satu episod rancangan masakan chef terkenal, Gardon Ramsay di Britain.

Penganalisis data, Michelle Yong, 27 yang menetap di London selama tujuh tahun itu mempertaruhkan resipi yang diilhamkan mendiang neneknya berjaya memenangi episod ke 12 rancangan masakan “Culinary Genius” terbitan studio Ramsay yang ditayangkan melalui rangkaian ITV.

https://selangorkini.my/2017/05/rakyat-malaysia-saji-resipi-mendiang-nenek-menang-rancangan-masakan-di-britain/
DISEDIAKAN OLEH: MOHD EZLI MASHUT