OLEH NADIAH ZAMLUS
SHAH ALAM, 24 MEI: Kira-kira 12 lagi jawatan menteri kabinet akan diumumkan pada bila-bila masa sahaja, demikian menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya, bagaimanapun jumlah berkenaan mungkin akan bertambah mengikut keadaan.
“Tetapi ia akan diumum secepat mungkin,” katanya dalam sidang media di Putrajaya semalam.
Sebelum ini, 15 menteri kabinet sudah diumumkan termasuk Menteri Pendidikan, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Menteri Kewangan dan Menteri Pengangkutan.