Categories
NASIONAL

Fitnah II: Penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan tak boleh dipertahan, pincang

SHAH ALAM 19 APRIL: Penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan kes Fitnah II terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pincang, defensif dan tak boleh dipertahankan.

Peguam, N Surendran berkata pengadilan ini tidak boleh disokong dari sudut undang-undang dan fakta secara dasarnya pincang dari awal hingga akhir.

surendran pc 01“Tidak pernah sebelum ini seseorang hakim ‘keluar dari lingkungan kes’ dengan mengatakan bahawa’ rayuan akan ditolak dengan serta-merta,” kata Surendran dalam kenyataannya.

Beliau merujuk penghakiman bertulis bertarikh 11 April oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Fitnah II yang mengkritik keputusan untuk membenarkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kandang, sebaliknya menerima bukti Saiful dan mendakwa pembelaan Anwar tidak berwibawa.

Kata Surendran, pandangan hakim itu muncul sebagai respon defensif kepada kritikan luas masyarakat, termasuk satu usul mencela hakim yang dibawa ke Dewan Rakyat terhadap tiga hakim tersebut minggu lalu.

“Tidak sesuai untuk hakim bertindak balas terhadap kritikan kelakuan mereka dengan cara sebegitu.

“Pengadilan dalam satu kes jenayah mesti berdepan dengan fakta dan undang-undang kes dan bukannya hal-hal asing.

“Sebaliknya ia menimbulkan persoalan tentang kesaksamaan dan objektif hakim. Keadilan perlu bukan sahaja dilakukan, tetapi mesti dilihat untuk dilakukan,” kata Surendran yang juga Naib Presiden PKR.

Tambahnya, hakim membuat kesimpulan berdasarkan keputusan Anwar untuk tidak mengangkat sumpah dari kandang saksi, sedangkan di bawah undang-undang jenayah, adalah hak tertuduh membuat kenyataan tidak bersumpah dari kandang.

“Pengadilan Mahkamah Rayuan telah melangkaui semua duluan undang-undang dengan mengkritik Anwar,” kata Surendran.

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.