Categories
NASIONAL

Azmin: PKR sedia kerjasama bentuk pakatan baru tumbang BN

Oleh: AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 21 SEP: Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mengesahkan beliau akan hadir dalam pertemuan bersama parti pembangkang lain dalam usaha pembentukan blok baru Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk berhadapan Barisan Nasional.

“Ya saya akan hadir esok,” katanya ringkas ketika ditemui media di Dewan Jubli Perak selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Setiausaha Kerajaan Selangor, di sini, hari ini.

PAKATAN RAKYATMohamed Azmin turut mengulangi pendirian bahawa PKR bersedia bekerjasama dengan pihak yang komited dalam agenda reformasi negara.

Beliau juga menasihatkan krisis yang dilanda pembangkang boleh diurus dengan baik.

Ketika ditanya berkenaan keengganan PAS untuk hadir ke sidang terbabit, beliau yang juga Dato’ Menteri Besar  mengambil pendirian untuk tidak masuk campur dalam urusan parti lain.

Ketua Pembangkang yang juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini menjemput PAS, DAP, Parti Amanah Negara dan beberapa badan bukan kerajaan untuk membincangkan hala tuju mereka selepas pembubaran pakatan.

Rundingan meja bulat itu bakal diadakan di Hotel Empire Subang Jaya  bermula jam 10 pagi,  pada 22 September (esok).

EZY

Leave a Reply

Your email address will not be published.