Categories
GALERI

Pengurus Besar Perniagaan dan Pemasaran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Rosnani Abdul Malek (dua, kiri) dan Pengurus Pemasaran Md Saad Mahsah (kanan) menunjukkan ayam segar dan produk keluaran PKPS yang dijual dalam Program Jualan Prihatin Rakyat di Balai Rakyat Taman Berjaya, Sabak Bernam pada 27 Februari 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Sukarelawan menanam anak pokok bakau jenis ‘Rhizophora Apiculata’ dan ‘Rhizophora Mucronata’ sempena program penanaman pokok anjuran Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) dan Jabatan Perhutanan Selangor di Sungai Sepang Besar, Pantai Pasir Putih, Sepang pada 27 Februari 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Syahirah Wasabi, 26, membaca puisi bertajuk Hilang sempena program Pasar Seni Genta di perkarangan Laman Budaya Tasik Shah Alam pada 26 Februari 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

EXCO Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Borhan Aman Shah melihat trofi penerima Anugerah Kemerlangan pada majlis penyampaian sijil peserta Program Latihan Pembangunan Ekonomi Kampung Tradisi Negeri Selangor di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam pada 26 Februari 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Mangsa banjir menerima Bantuan Selangor Bangkit (BSB) di Dewan Serbaguna Pejabat Daerah dan Tanah Klang, Klang pada 23 Februari 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Kakitangan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bersama Kakitangan Air Selangor membuat pemantauan rutin dari pusat kawalan bagi menjaga kualiti air di Horas 600 Bestari Jaya, Kuala Selangor pada 23 Februari 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Pasukan Selangor FC giat menjalani latihan di Pusat Latihan Selangor FC Shah Alam pada 23 Februari 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Navaneethan Karuppasami, 40,  menunjukkan sampul Bantuan Selangor Bangkit (BSB) yang di terima di Dewan MBSA Kemuning Utama, Shah Alam pada 22 Februari 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong meraikan kemenangannya selepas  mengalahkan pemain Indonesia, Ikhsan Leonardo Imanuel Rumbay pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 20 Februari 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
Categories
GALERI

Beregu Lelaki Negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik beraksi ketika menentang beregu dari Korea Selatan, Kim Hwi Tae dan Kim Jaehwan dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 19 Februari 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Pemain beregu wanita Pearly Tan dan Valeree Siow beraksi ketika menentang beregu dari Korea Selatan, Baek Ha Na dan Seong Seung Yeon pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 19 Februari 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Aksi jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia ketika menentang pemain Jepun, Hatano Riku pada aksi terakhir peringkat kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 18 Februari 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI