Categories
GALERI

Sebahagian pemenang bergambar pada Majlis Sidang Media Penutupan Larian Virtual Ayuh Selangor 1.0 di Foyer SUK, Shah Alam pada 18 Februari 2022. Foto AHMADZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Imran Hakim Zaharin menunjukkan ayam segar yang dijual pada program jualan murah di Pangsapuri Sri Jati, Puchong Subang Jaya pada 17 Februari 2022. Orang ramai boleh mendapatkan ayam serendah RM8 sekilogram di bawah Program Intervensi Harga Ayam dan Telur melalui Lori Ehsan. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari (kiri) mengiringi Pengerusi Emeritus Institut Antarabangsa Pemikiran Islam (IIIT), Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) melawat galeri buku selepas pelancaran Institut Pemikiran dan Kepimpinan Siddiq Fadzil di Dewan Pro Canselor, Universiti Selangor (Unisel) Shah Alam pada 17 Februari 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Pemain perseorangan ketiga wanita negara Siti Nurshuhaini Azman berjaya menewaskan pemain dari Jepun Akechi Hina pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2022 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam pada 15 Februari 2022. Skuad wanita negara memulakan saingan dengan bergaya selepas berjaya menewaskan juara bertahan Jepun 3-2 dalam perlawanan kumpulan Y sebentar tadi. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Izat Lazim menghiburkan tetamu yang hadir pada Majlis Makan Malam dan Penghargaan Penaja Kejohanan Badminton Berpasukan Asia Selangor 2022 di Hotel Sunway & Resort, Subang Jaya pada 14 Februari 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Sukarelawan Yayasan ROSE menunjukkan kit ujian PCR HPV untuk saringan kanser pangkal rahim di Dewan Komuniti MBPJ Damansara Damai, Petaling Jaya pada 13 Februari 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Pemanah dari pasukan Sarawak ketegori Recurve Berkumpulan Lelaki beraksi ketika Kejohanan Memanah Sirkit Kebangsaan di Stadium MPKJ, Bandar Baru Bangi pada 13 Februari 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Para pemain badminton Malaysia,  giat menjalani sesi latihan skuad kebangsaaan di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam pada 13 Februari 2022. Skuad negara bakal berentap dalam Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2022 yang dijadualkan berlangsung dari 15 hingga 20 Februari ini. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Peserta mengikat bunga ketika Majlis Malam Irama dan Pertandingan Tradisional India sempena Hari Ponggal di Sri Maha Mariaman Ken Rimba, Padang Jawa, Shah Alam pada 12 Februari 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Seorang peniaga sedang memotong ayam tempahan dari pelanggan ketika tinjauan Media Selangor Program jualan ayam murah di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan pada 12 Februari 2022. Kerajaan Negeri Selangor melaksanakan penjualan ayam murah melalui Program Intervensi Harga Makanan Ehsan. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Penolong Pengurus Seksyen Perancangan Startegik Yide, Muhammad Hafiz Bahari menunjukkan replika model projek pembangunan kompleks asrama anak yatim Pulau Indah di ibu pejabat Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) pada 10 Februari 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Categories
GALERI

Pengarah Jabatan Kerja Raya Selangor (JKR) Ir Lokman Nasir (dua,kiri) menyerahkan replika kunci kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad (tiga,kanan) sebagai gimik pelancaran Masjid Setia Alam di Seksyen U13, Shah Alam pada 10 Februari 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI