Categories
NASIONAL Ringgit

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 11 MAC: Ringgit meningkat semula daripada aliran penurunan pada minggu lepas untuk dibuka tinggi berbanding dolar US pagi ini berikutan harga minyak yang lebih baik dan mata wang Amerika Syarikat yang lemah.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.0860/0930 berbanding dolar US daripada 4.0890/0930 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Pada masa ini, penanda aras antarabangsa minyak mentah Brent naik 0.09 peratus kepada US$65.80 setong manakala minyak mentah US West Texas Intermediate (WTI) meningkat 0.18 peratus kepada US$56.17 setong.

Peniaga berkata dolar US berada di bawah tekanan pada Jumaat lepas susulan data senarai gaji yang lebih rendah daripada jangkaan yang mewujudkan kebimbangan baharu mengenai pertumbuhan global yang perlahan.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan bercampur-campur.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0051/0107 daripada 3.0064/0104 semasa dicatatkan pada Jumaat lepas dan mengukuh berbanding pound British kepada 5.2995/3090 daripada 5.3509/3577.

Unit tempatan, bagaimanapun, susut berbanding yen Jepun kepada 3.6844/6917 daripada 3.6798/6847 dan merosot berbanding euro kepada 4.5878/5960 daripada 4.5842/6895 sebelum ini. -BERNAMA

Categories
NASIONAL Ringgit

Ringgit dijangka catat pergerakan kecil minggu depan

KUALA LUMPUR, 9 MAC: Ringgit dijangka mencatat pergerakan lebih kecil pada minggu depan, di bawah paras RM4.10 berbanding dolar Amerika Syarikat.

Ketua Strategi Mata Wang Global FXTM, Jameel Ahmad berkata, secara teknikal, paras itu adalah tahap dengan purata pergerakan 200 hari dan 50 hari itu mulai menumpu.

“Paras sokongan 4.0615 itu dijangka bertahan ketika dolar AS sebaliknya meningkat beberapa kali pada bulan lalu,” katanya.

Katanya, bagi minggu akan datang, data Indeks Pengeluaran Industri Malaysia (IPI) bagi Januari akan diumumkan dan berkemungkinan memberi sedikit sokongan terhadap mata wang tempatan itu jika angka berkenaan adalah positif.

“IPI itu melebihi unjuran pasaran bagi setiap bulan dalam suku keempat 2018 dan menggambarkan asas ekonomi Malaysia yang berdaya tahan.

“Malah, ini juga jelas dibuktikan melalui angka eksport yang memberangsangkan sejak beberapa bulan lalu,” katanya kepada Bernama.

Beliau bagaimanapun berkata, momentum ringgit masih dipengaruhi prestasi dolar AS serta faktor lain di peringkat global.

Jameel berkata, selagi Amerika Syarikat dan China masih belum memuktamadkan perjanjian perdagangan yang konklusif, pertikaian perdagangan antara kedua-dua negara itu akan terus memberi kesan kepada sentimen risiko global.

Selain itu, pertumbuhan global yang lebih perlahan serta faktor Brexit juga terus menjejaskan sentimen itu, manakala niaga hadapan minyak mentah Brent yang juga penanda aras dunia juga kelihatan sukar untuk melepasi tahap tertingginya setakat tahun ini.

Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit ditutup rendah berikutan kejatuhan harga minyak mentah global susulan unjuran Bank Pusat Eropah yang lebih rendah dan sebaliknya memberi sokongan terhadap mata wang dolar US.

Bagi asas perbandingan Jumaat ke Jumaat, ringgit susut berbanding dolar US iaitu pada 4.0890/0930 daripada 4.0720/0770 pada minggu sebelum ini.

Ia juga menyusut berbanding yen Jepun kepada 3.6798/6847 daripada 3.6383/6438 namun mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0064/0104 daripada 3.0105/0146 pada Jumaat lepas.

Ringgit turut meningkat berbanding euro kepada 4.5842/6895 daripada 4.6258/6319 dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3509/3577 daripada 5.3921/3000. -BERNAMA

Categories
NASIONAL Ringgit

Ringgit didagang tidak berubah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 7 MAC: Paras ringgit tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa dagangan dibuka pagi ini.

Ia ekoran pedagang memutuskan untuk kekal tidak memasuki pasaran bagi menunggu pemacu makroeknomi dan geopolitik lebih jelas sebelum komited kepada kedudukan baharu.

Pada jam 9.16 pagi, ringgit berada pada paras 4.0870/0900 berbanding dolar AS daripada 4.0870/0910 semasa ditutup semalam.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding mata wang utama.

Ia menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0111/0138 daripada 3.0098/0139 dan turun berbanding yen Jepun kepada 3.6605/6636 berbanding 3.6530/6579

Mata wang tempatan turun berbanding pound Britain kepada 5.3863/3906 daripada 5.3724/3793 dan menyusut berbanding euro kepada 4.6224/6278 daripada 4.6187/6236. -BERNAMA

Categories
NASIONAL Ringgit

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 6 MAC: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi dagangan pagi ini berikutan permintaan bagi mata wang tempatan berkurangan berikutan peningkatan hasil pulangan pelaburan AS.

Pada jam 9.08 pagi, ringgit berada pada paras 4.0820/0870 berbanding dolar AS daripada 4.0740/0780 semasa ditutup semalam.

Seorang peniaga berkata petunjuk asas hasil Perbendaharaan AS bagi tempoh 10 tahun berada pada paras 2.715 peratus, iaitu paras tertinggi sejak 23 Jan.

“Lagipun, data kukuh yang di luar jangkaan bagi industri perkhidmatan AS dan penjualan rumah baharu turut mengurangkan kebimbangan terhadap prospek ekonomi gergasi itu,”katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama.

Ia menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0090/0145 daripada 3.0062/0109 dan turun berbanding yen Jepun kepada 3.6528/6583 daripada 3.6381/6427.

Mata wang tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3666/3752 daripada 5.3716/3785 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6123/6191 daripada 4.6142/6200. – BERNAMA

 

Categories
NASIONAL Ringgit

Ringgit dibuka rendah

KUALA LUMPUR, 28 FEB: Ringgit berundur dari kenaikan semalam untuk dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, ekoran pelabur beralih ke mata wang AS itu selepas terdapat perkembangan baharu dalam rundingan Brexit, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit menyusut kepada 4.0720/0760 daripada 4.0640/0690 semasa ditutup semalam.

Peniaga berkata, dolar AS mengukuh seiring dengan kenaikan pound sterling ke paras tinggi tujuh bulan selepas pemimpin negara-negara Eropah memberi petanda akan pertimbang menangguhkan Brexit sekiranya perbincangan itu gagal mencapai persetujuan menjelang 29 Mac.

Sementara itu, Ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama kecuali yen Jepun.

Ia mengukuh berbanding yen kepada 3.6721/6767 daripada 3.6798/6854 pada Rabu namun menyusut berbanding euro kepada 4.6319/6369 daripada 4.6301/6378.

Berbanding dolar Singapura, ia merosot kepada 3.0194/0228 daripada 3.0155/0197 dan menyusut berbanding pound British kepada 4.4211/4276 daripada 5.3970/3053 sebelumnya.

*Sumber: BERNAMA

 

Categories
NASIONAL Ringgit

Ringgit diniaga dalam jajaran kecil minggu depan

KUALA LUMPUR, 23 FEB: Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan, ekoran sentimen pelabur masih dipengaruhi faktor global.

Ia termasuk rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China, serta kebimbangan berkenaan pertumbuhan global yang perlahan.

Penganalisis Penyelidikan FXTM, Lukman Otunuga berkata, unit tempatan akan turut mencatat prestasi baik sejajar dengan mata wang pasaran sedang pesat membangun lain, berbanding dolar UAS minggu depan, kebanyakannya turun naik dalam julat 4.07- 4.09 berbanding dolar US.

“Minggu depan, prestasi dolar US mungkin dipengaruhi oleh ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan AS Jerome Powell, yang mempunyai potensi untuk menawarkan lebih banyak petunjuk mengenai dasar monetari AS,” katanya kepada Bernama.

Selain itu, Otunuga berkata, pelabur terus memerhatikan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS bagi suku keempat 2018 yang akan diumumkan pada 28 Feb.

“Data itu dijangka memberi pasaran gambaran yang lebih jelas mengenai ekonomi AS, susulan data bagi barangan tahan lama dan jualan rumah yang lebih rendah daripada jangkaan baru-baru ini,” katanya.

Bagi minggu baru berakhir, ringgit ditutup kebanyakannya tinggi berbanding dolar US, dengan sentimen pasaran disokong oleh minat untuk mengambil risiko yang lebih baik susulan keyakinan pelabur terhadap hasil rundingan perdagangan AS-China, harga minyak mentah yang lebih kukuh dan sentimen pasaran yang positif di negara ini.

Faktor menyakinkan itu mendorong unit tempatan naik kepada 4.0640/0700 berbanding dolar US pada Rabu, paras tertinggi dicapai sejak 1 Ogos, 2018.

Bagi asas Jumaat kepada Jumaat, ringgit lebih tinggi kepada 4.0760/0810 berbanding dolar US daripada 4.0870/0900 pada minggu sebelumnya.

Ia turut meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6770/6825 daripada 3.7013/7050 pada Jumaat lepas.

Bagaimanapun, mata wang tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0119/0165 daripada 3.0082/0116, rendah berbanding euro kepada 4.6214/6287 daripada 4.6110/6152 dan merosot, berbanding pound, kepada 5.3065/3135 daripada 5.2354/2409 sebelum ini.

*Sumber: BERNAMA

 

Categories
NASIONAL Ringgit

Ringgit tinggi berbanding dolar AS pagi ini

KUALA LUMPUR, 20 FEB: Ringgit meneruskan kenaikan semalam untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS, pagi ini apabila permintaan terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) itu lemah dalam keadaan ketidakpastian tentang rundingan perdagangan AS-China, kata para peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit berada pada 4.0700/0740 berbanding paras penutup 4.0780/0830 pada Selasa.

Seorang peniaga berkara dolar AS berada di bawah tekanan apabila pusingan seterusnya rundingan perdagangan antara AS dan China berlangsung pada Selasa (malam semalam waktu tempatan) di Washington menyaksikan Rumah Putih menggesa Beijing mengekalkan nilai yuan stabil sebagai sebahagian daripada rundingan perdagangan antara kedua-dua ekonomi terbesar dunia itu.

Langkah tersebut bertujuan untuk meneutralkan sebarang usaha oleh China bagi menurunkan nilai mata wangnya untuk bertindak balas kepada tarif Amerika.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0081/0115 daripada 3.0052/0093 pada Selasa, susut berbanding pound Britain kepada 5.3154/3223 daripada 5.2680/2761, dan jatuh berbanding euro kepada 4.6182/6236 daripada 4.6085/6158.

Bagaimanapun, ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6753/6796 daripada 3.6812/6867 sebelumnya.

*Sumber: BERNAMA

Categories
NASIONAL Ringgit

Ringgit dibuka rendah pada sesi dagangan awal

KUALA LUMPUR, 19 FEB: Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar US pada sesi dagangan pagi ini diheret oleh penurunan harga minyak, kata seorang peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.0880/0950 berbanding 4.0830/0880 semasa penutupan, pada Isnin.

Beliau berkata harga minyak turun hari ini, berikutan kebimbangan terhadap pusingan seterusnya perbincangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

“Pelabur kini mengambil pendekatan tunggu dan lihat menjelang perbincangan perdagangan akan datang antara AS dan China di Washington pada minggu ini,” katanya.

Dilaporkan perbincangan perdagangan antara AS dan China minggu lepas di Beijing berjalan lancar dan pelabur menaruh harapan yang kedua-dua pihak akan mencapai persetujuan sebelum tarikh akhir 1 Mac.

Pada masa berita ini ditulis, harga minyak mentah Brent adalah US$66.40 setong.

Secara keseluruhan, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0121/0177 berbanding 3.0100/0145 semalam, turun berbanding pound British kepada 5.2784/2895 daripada 5.2724/2797.

Mata wang tempatan juga menyusut berbanding euro kepada 4.6211/6294 daripada 4.6195/6264 dan turun berbanding yen jepun kepada 3.6969/7045 daripada 3.6934/6982 semalam.

*Sumber: BERNAMA

Categories
NASIONAL Ringgit

Ringgit dibuka tinggi

KUALA LUMPUR, 18 FEB: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi dagangan pagi ini didorong permintaan lebih baik bagi mata wang tempatan, kata seorang peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit diniagakan kepada 4.0720/0770 berbanding 4.0870/0900 pada Jumaat lalu.

Peniaga berkata, sentimen itu turut disokong oleh harga minyak stabil, walaupun di sebalik kebimbangan dengan ketidaktentuan politik dalam pertikaian perdagangan AS-China.

“Laporan Trecent menyatakan China sudah mengemukakan cadangan dramatik untuk menangani isu penting perdagangan tidak seimbang. Ini akan menghapuskan keseluruhan lebihan perdagangan dua hala dengan Amerika dalam enam tahun,” katanya.

Harga minyak mentah Brent berada pada AS$66.48 setong.

Berbanding dengan kebanyakan mata wang utama yang lain, ringgit diniagakan lebih tinggi.

Mata wang tempatan menyusut berbanding pound British kepada 5.2570/2638 daripada 5.2354/2409 ketika ditutup pada Jumaat.

Bagaimanapun, ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0032/0073 daripada 3.0082/0116, mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.6837/6893 daripada 3.7013/7050 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6046/6107 daripada 4.6110/6152.

*Sumber: BERNAMA

Categories
NASIONAL Ringgit

Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar AS

Pada jam 9 pagi, ringgit disebut pada harga 4.0720/0780 berbanding 4.0740/0780 penutup Khamis.

Peniaga berkata, Amerika Syarikat (AS) dan China sedang membuat penambahbaikan terhadap perjanjian perdagangannya. Namun, masih belum jelas sama ada AS akan mengenakan tarif tambahan ke atas barangan China, pada 1 Mac.

“Berdasarkan arah aliran rundingan antara kedua-dua pihak, pelabur percaya bahawa perdamaian perdagangan selama 90 hari akan dilanjutkan, dan ini telah meningkatkan sentimen pasaran pada masa ini,” katanya.

Presiden Donad Trump dan Presiden China Xi Jinping dijangka bertemu pada suatu tarikh akan datang untuk terus membincangkan perkara itu.

Beliau juga berkata harga minyak yang lebih tinggi membantu meningkatkan prestasi mata wang.

Sehingga 9 pagi, minyak mentah Brent merekodkan paras AS$64.84 setong berbanding AS$63.64 setong semalam.

Berbanding sekumpulan mata wang utama lain, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih rendah.

Ringgit merosot berbanding dolar Singapura kepada 2.9985/0034 daripada 2.9980/0014 dan susut berbanding yen kepada 3.6881/6945 daripada 3.6703/6742 semalam.

Unit tempatan itu juga rendah berbanding euro kepada 4.5973/6061 daripada 4.5881/5947, namun mengukuh berbanding pound British kepada 5.2101/2182 daripada 5.2282/2353.

*Sumber: BERNAMA

Categories
NASIONAL Ringgit

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 12 FEB: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar US hari ini ekoran keengganan pelabur untuk memasuki pasaran susulan kebimbangan mengenai geopolitik yang suram selain rundingan perdagangan Ameika Syarikat dan China yang akan datang.

Pada jam 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.0750/0790 kepada dolar US berbanding 4.0700/0750 pada penutupan Isnin.

Seorang peniaga berkata ketidaktentuan mengenai hasil perbincangan menyebabkan pelabur kini beralih kepada mata wang yang lebih selamat.

“Jika ini berterusan, ia bukan sahaja akan menjejaskan perdagangan, malahan harga minyak. Prestasi ringgit sangat bergantung kepada kestabilan harga minyak,” katanya.

Pada 9 pagi, harga minyak mentah Brent berada pada US$61.51 setong berbanding US62.12 setong semalam.

Peniaga itu berkata hubungan antara kedua-dua kuasa besar (AS-China) itu semakin tegang, terutama dalam sektor teknologi yang melibatkan salah satu syarikat terbesar China, Huawei Technologies.

Presiden AS dilaporkan dijangka menandatangani perintah eksekutif yang melarang syarikat-syarikat tanpa wayar AS membeli peralatan telekom dari China, dengan keputusan muktamad dijangka diketahui dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

“Ini menjejaskan jualan syarikat teknologi Amerika Syarikat, Apple Inc, ekoran eksportnya ke China jatuh 19.9 peratus pada suku keempat,” katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang utama yang lain.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 2.9932/9973 daripada 2.9953/0001 semalam dan meningkat berbanding yen kepada 3.6871/6917 daripada 3.6913/6961.

Berbanding euro, unit tempatan meningkat kepada 4.5937/6003 daripada 4.5937/6003 dan tinggi berbanding pound British kepada 5.2413/2480 daripada 5.2495/2576.

*Sumber: BERNAMA

Categories
NASIONAL Ringgit

Ringgit lemah pada awal dagangan

KUALA LUMPUR, 7 FEB: Ringgit dibuka lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) disebabkan kekurangan momentum belian.

Pada jam 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.0980/1020 berbanding dolar AS daripada 4.0900/0970 penutup Isnin.

Pasaran ditutup selama dua hari sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.

Maybank Kim Eng Research berkata, ringgit/dolar AS mengalami kemerosotan secara beransur-ansur lebih daripada 2.5 peratus sejak mencecah paras tinggi 4.20 pada 28 November, tetapi persekitaran luaran yang lebih baik berpotensi menyokong untuk meraih pengukuhan lanjut.

Sementara itu, nota tempatan didagangkan kebanyakannya lebih kukuh berbanding mata wang utama lain.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0210/0251 daripada 3.0227/0290 penutup Isnin tetapi merosot berbanding yen Jepun kepada 3.7326/7369 daripada 3.7216/7290.

Berbanding pound British, unit tempatan mengukuh kepada 5.2995/3051 daripada 5.3424/3531 dan meningkat berbanding euro kepada 4.6570/6619 daripada 4.6814/6902.

*Sumber: BERNAMA