Categories
Ringgit

Ringgit tidak berubah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 9 OGOS: Ringgit dibuka dengan prestasi tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, memandangkan kenaikan mata wang negara maju itu telah dihadkan semalaman susulan langkah China mengekang penyusutan renminbi.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.1830/1880 berbanding dolar AS daripada 4.1830/1870 ketika ditutup pada Khamis.

Rakan Pengurusan VM Markets Pte Ltd, Stephen Innes berkata aset berisiko didagangkan dengan sentimen baik semalaman mendorong pasaran mata wang asing pesat membangun mengalami situasi tidak banyak berubah.

“Namun apabila wujud pemulihan harga minyak mentah, ringgit sewajarnya diniagakan lebih aktif,” katanya dalam kenyataan.

People’s Bank of China sebelum ini menetapkan kadar rujukan harian bagi renminbi dalam pesisir pada 6.9683, lebih kukuh berbanding jangkaan pada 6.9871, dan di bawah paras tujuh bagi setiap dolar AS, telah meningkatkan minat risiko dalam pasaran mata wang.

Saham dan mata wang negara pesat membangun lemah pada Isnin manakala aset selamat menjadi tumpuan selepas pihak berkuasa China membenarkan renminbi melepasi paras penting psikologi pada tujuh bagi setiap dolar AS, paras terendahnya sejak krisis kewangan 2008.

Ringgit terdedah dalam senario ini disebabkan tahap ketidaktentuannya yang tinggi dengan renminbi China, dengan 60 peratus korelasi ke atas kelemahan renminbi.

Semasa pembukaan dagangan hari ini, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.0773/0851 daripada 5.0865/0922 ketika ditutup pada Khamis dan naik berbanding euro kepada 4.6815/6876 daripada 4.6896/6949.

Bagaimanapun ringgit turun berbanding yen kepada 3.9473/9535 daripada 3.9418/9466 semalam dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0259/ 0306 daripada 3.0257/0290.

-BERNAMA

Categories
Ringgit

Bursa Malaysia dibuka rendah

KUALA LUMPUR, 5 OGOS : Harga saham di Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan kekurangan petunjuk baharu.

Pada 9.32 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 12.72 mata kepada 1,614.04 daripada 1,626.76 semasa ditutup pada Jumaat.

FBM KLCI dibuka rendah 5.64 mata kepada 1,621.12.

Terdapat 339 kaunter rugi dan 104 kaunter untung, manakala 236 kaunter tidak berubah, 1,208 tidak diniagakan dan 18 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 394.73 juta unit bernilai RM133.47 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata sentimen di pasaran saham masih dilihat lemah, berikutan perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China yang meningkat, dan turut dijangka menyebabkan trend global yang kurang memberangsangkan berpanjangan.

“Sama seperti saham berkaitan indeks, kami melihat saham turut mencatatkan aktiviti jualan yang meningkat berikutan sentimen ekuiti lemah, dan ini menyebabkan ramai peserta runcit terus tidak memasuki pasaran,” katanya.

Antara kaunter paling rugi di Bursa, Fraser & Neave susut 44 sen kepada RM34.06, Kuala Lumpur Kepong merosot 38 sen kepada RM23.38, Petronas Dagangan turun 34 sen kepada RM23.32 dan Hong Leong Back berkurangan 14 sen kepada RM17.60.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank susut empat sen kepada RM8.61, Public Bank merosot 14 sen kepada RM21.64, TNB turun lapan sen kepada RM13.78, manakala Petronas Chemicals dan IHH Healthcare, masing-masing susut enam sen kepada RM7.37 dan RM5.67.

Bagi saham paling aktif, Sealink naik 1.5 sen kepada 25 sen, Ekovest menambah setengah sen kepada 84 sen, Priceworth International dan Eduspec, masing-masing tidak berubah pada 6.5 sen dan 4.5 sen, manakala KNM dan London Biscuits, masing-masing merosot satu sen kepada 38.5 sen dan 14 sen.

Indeks FBM Emas susut 81.83 mata kepada 11,434.96, FBM Ace turun 20.36 mata kepada 4,668.98, FBM 70 merosot 84.72 mata kepada 14,271.5, Indeks FBMT 100 berkurangan 83.61 mata kepada 11,261.39, dan Indeks FBM Emas Syariah susut 94.88 mata kepada 11,831.64.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan merosot 64.92 mata kepada 6,624.25, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 72.64 mata kepada 15,892.23 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan turun 0.95 mata kepada 153.27.

-BERNAMA

Categories
Ringgit

Ringgit terus catat aliran rendah pada pembukaan

KUALA LUMPUR, 5 OGOS : Ringgit terus mencatatkan aliran rendah pada sesi pembukaan pada Isnin sejak minggu lepas dengan pelabur menjangka dagangan pertukaran asing berhati-hati berikutan kebimbangan mengenai perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China yang meningkat.

Pada 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.1560/1590 daripada 4.1550/1600 semasa ditutup pada Jumaat.

Rakan Pengurusan VM Markets Pte Ltd Stephen Innes berkata kebimbangan mengenai perang perdagangan akan dapat dilihat melalui harga pasaran mata wang minggu ini.

“Risiko perang perdagangan dijangka menyebabkan prestasi renminbi lemah dan seterusnya boleh menyebabkan ringgit rendah,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, beliau yakin kerajaan China akan mengambil langkah untuk melindungi mata wang, dan mengehadkan penurunan ringgit pada awal minggu ini.

“Antara perkara penting bagi Malaysia ialah, sejauh mana tekanan perang perdagangan yang meningkat ke atas harga minyak? dan saya fikir peniaga akan mengambil langkah yang amat berhati-hati minggu ini,” katanya.

Secara keseluruhannya, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0182/0214 daripada 3.0168/0215 pada Jumaat dan rendah berbanding yen kepada 3.9071/9103 daripada 3.8864/8922.

Berbanding pound, unit tempatan berkurangan kepada 5.0579/0632 daripada 5.0379/0457 dan turun berbanding euro kepada 4.6223.6273 daripada 4.6104/6176 pada Jumaat lepas.

-BERNAMA

Categories
Ringgit

Bursa Malaysia rendah pada tengah hari

KUALA LUMPUR, 26 JUL : Bursa Malaysia berada dalam kedudukan negatif pada akhir dagangan pagi, selari dengan laporan pendapatan Amerika Syarikat (AS) yang rendah dan keputusan Bank Pusat Eropah (ECB) untuk mengekalkan kadar faedahnya.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 6.90 mata kepada 1649.68 daripada 1,656.58 semasa ditutup pada Khamis.

Indeks penanda aras, yang dibuka 2.84 mata lebih rendah pada 1,653.74, bergerak antara 1,649.22 dan 1,653.77 sepanjang sesi dagangan pagi.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 436 berbanding 253, manakala 370 kaunter tidak berubah, 869 tidak diniagakan dan 25 lagi digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.38 bilion saham bernilai RM905.96 juta.

Seorang peniaga berkata bursa tempatan dan bursa serantau akan terus didagangkan pada aliran menurun dipengaruhi oleh keadaan tidak menentu menjelang perjumpaan antara wakil AS dan China.

“Perunding perdagangan Amerika akan ke China untuk cuba menyelesaikan perbezaan pendapat mereka iaitu berhubung perdagangan dan teknologi dan geopolitik,” katanya.

Beliau berkata pasaran hari ini turut memberi tindak balas negatif selepas ECB memutuskan untuk mengekalkan kadar faedahnya.

Pelabur menjangkakan ECB mengurangkan kadar faedahnya berikutan kelembapan ekonomi, katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut satu sen kepada RM8.74, Public Bank turun 16 sen kepada RM22.52, Tenaga jatuh empat sen kepada RM13.70 dan PetChem turun lima sen pada RM7.60.

Bagi saham aktif, Only World naik lapan sen kepada 24.5 sen, Genting Malaysia melonjak 19 sen kepada RM3.86 dan Netx tidak berubah pada 1.5 sen.

Indeks FBM Emas turun 48.36 mata kepada 11,714.96, Indeks FBMT 100 susut 48.21 mata kepada 11,537.69 dan Indeks FBM Emas Shariah turun 62.99 mata kepada 12,075.05.

FBM Ace turun 38.83 mata kepada 4,728.28 dan FBM 70 susut 61.16 mata kepada 14,735.47.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 76.10 mata kepada 16,355.59, Indeks Perladangan turun 79.33 mata kepada 6,767.27 dan Indeks Produk & Perkhidmatan Perindustrian susut 0.65 mata kepada 155.56. -BERNAMA

Categories
Ringgit

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US

KUALA LUMPUR, 19 JUL : Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US didorong sentimen positif menyokong pasaran, kata seorang peniaga.

Pada 9.03 pagi, ringgit disebut harga pada 4.1090/1120 berbanding dolar US daripada 4.1130/1150 semasa urus niaga ditutup pada Khamis.

Beliau berkata dolar US jatuh semula pagi ini memandangkan tumpuan kekal pada konflik perdagangan dan kemungkinan pengurangan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.

“Laporan Sektor Luaran Tabung Kewangan Antarabangsa yang dikeluarkan semalam menyatakan dolar US telah terlebih nilai sebanyak enam peratus kepada 12 peratus, berdasarkan asas-asas ekonomi jangka pendek, yang mengakibatkan dolar kembali menyusut,” katanya.

Peniaga itu berkata peningkatan ringgit juga didorong oleh kenaikan harga minyak global.

Pada masa berita ini ditulis, penanda aras niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat 1.32 peratus kepada US$62.75 setong.

Bagaimanapun, mata wang tempatan didagangkan lebih rendah berbanding mata wang utama.

Ia susut sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0273/0307 daripada 3.0234/0253 semasa ditutup pada Khams dan jatuh berbanding yen kepada 3.8216/8255 daripada 3.8161/8187.

Mata wang tempatan menyusut berbanding pound Britain kepada 5.1556/1601 daripada 5.1269/1310 dan turun berbanding euro kepada 4.6263/6313 daripada 4.6189/6228.

-BERNAMA

Categories
Ringgit

Bursa Malaysia ditutup rendah pada tengah hari

KUALA LUMPUR, 18 JUL : Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan pag hari ini susulan kebimbangan baharu terhadap rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat (US) dan China yang mengurangkan minat untuk mengambil risiko, kata peniaga.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.13 mata kepada 1,654.40 selepas di tutup pada 1,657.53 semalam.

Penganalisis ekuiti berkata Presiden Donald Trump merancang mengenakan tarif ke atas US$325 bilion tambahan barangan China sekiranya perbincangan perdagangan itu tidak menjadi kenyataan pada Selasa. Namun US juga akan berhadapan sekatan China.

Indeks penanda aras yang dibuka 0.27 mata lebih tinggi kepada 1,657.50, bergerak antara 1,654.03 dan 1,659.94 di sepanjang dagangan pagi.

Kedudukan pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 432 berbanding 231, manakala 379 kaunter tidak berubah, 849 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.’

Jumlah dagangan sebanyak 1.56 bilion saham bernilai RM811.78 juta.

Kaunter wajaran tinggi yang mencatat kerugian ialah Petronas Chemicals apabila harha sahamnya merosot 26 sen kepada RM7.66, Maxis susut empat sen kepada RM5.60, TNB turun dua sen kepada RM13.54, manakala Sime Darby Plantation susut satu sen kepada RM4.80 dan Public Bank turun enam sen kepada RM22.90.

Bagi kaunter paling rugi, Batu kawan susut 18 sen kepada RM16.52, KESM dan Allianz masing-masing susut 12 sen kepada RM7.88 dan RM13.86 manakala Amway turun sembilan sen kepada RM6.11.

Indeks FBM Emas merosot 23.11 mata kepada 11,754.47, Indeks FBMT 100 turun 20.99 mata kepada 11,580.56 manakala Indeks FBM Emas Shariah turun 29.82 mata pada 12,119.04.

FBM Ace turun 4.01 mata kepada 4,665.50, manakala FBM 70 susut 23.06 mata kepada 14,830.22.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 21.04 mata kepada 16,570.52 dan Indeks Perladangan merosot 5.47 mata kepada 6,870.56 dan Indeks Produk & Perkhidmatan Perindustrian turun 1.94 mata kepada 155.63.

-BERNAMA

Categories
NASIONAL Ringgit

Dana Tabung Harapan lunas hutang 1MDB – Guan Eng

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 16 MEI: Dana Tabung Harapan Malaysia (THM) sebanyak RM203,292,117.41 akan digunakan untuk melunaskan sebahagian hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi tahun 2019 berjumlah RM1,704.78 juta.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Akaun Amanah THM pada 24 April lalu.

“Mesyuarat Jawatankuasa Akaun Amanah THM Bil.1/2019 pada 24 April 2019 telah bersetuju memutuskan bahawa kesemua dana dalam THM ini akan digunakan bagi melunaskan sebahagian hutang 1MDB yang berjumlah RM1,704.78 juta bagi tahun ini.

“Meskipun dana THM ini tidak mungkin boleh melangsaikan semua hutang 1MDB sebanyak RM51 Bilion, Tabung Harapan akan kekal menjadi simbol semangat taat setia dan patriotisme rakyat Malaysia untuk melangsaikan hutang negara.

“Kerajaan dengan ini ingin sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat seluruh rakyat Malaysia yang telah memberikan sumbangan ke dalam THM ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, baki akhir THM sehingga 14 Januari lalu iaitu tarikh akhir penerimaan sumbangan adalah sebanyak RM202,716,775.10.

Menerusi pelaburan simpanan tetap yang ditadbir Jabatan Akauntan Negara telah dilaksanakan dan faedah pelaburan yang diterima sehingga 31 Mac tahun ini adalah sebanyak RM575,342.31, menjadikan jumlah terkini akaun amanah THM adalah berjumlah RM203,292,117.41.

 

Categories
NASIONAL Ringgit

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 8 APRIL: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kebimbangan mengenai kadar inflasi negara, kata peniaga.

Pada 9 pagi, unit tempatan diniagakan pada 4.0900/0950 berbanding dolar AS daripada 4.0870/0900 semasa ditutup pada Jumaat minggu lalu.

Ketua Dagangan dan Strategi Pasaran SPI Asset Management, Stephen Innes berkata data inflasi domestik yang rendah itu menunjukkan Bank Negara Malaysia mempunyai asas untuk melaraskan kadar faedah kepada paras yang sedikit rendah.

Bagaimanapun, beliau berkata keyakinan terhadap pemuktamadan perjanjian perdagangan AS-China akan mengekang kenaikan ringgit bagi jangka pendek.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0169/0210 daripada 3.0182/0207 pada Jumaat minggu lepas namun rendah yen Jepun kepada 3.6672/6726 daripada 3.6583/6613.

Ringgit tinggi berbanding pound Britain kepada 5.3346/3415 daripada 5.3458/3509 minggu lepas dan stabil berbanding euro kepada 4.5865/5938 daripada 4.5889/5927. –BERNAMA

 

Categories
NASIONAL Ringgit

Ringgit didagang dalam jajaran kecil minggu depan

KUALA LUMPUR, 6 APARIL: Ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan, berada di paras semasa berbanding dolar US pada minggu depan susulan dipengaruhi faktor luaran, kata peniaga.

Penganalisis Penyelidikan FXTM, Lukman Otunuga berkata, data inflasi Amerika Syarikat pada Mac lepas dan ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat, Jerome Powell pada minggu depan akan memaparkan banyak petunjuk mengenai hala tuju kadar faedah negara maju itu yang berpotensi meningkatkan pergerakan dolar US.

“Data perdagangan China bagi Mac yang akan diumumkan pada akhir minggu depan juga akan dipengaruhi oleh perkembangan rundingan AS-China yang dapat meningkatkan sentimen risiko dan positif bagi mata wang Asia, termasuk ringgit,” katanya kepada Bernama.

Di peringkat tempatan, Lukman berkata tumpuan khusus akan diberikan terhadap Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) dan data jualan pembuatan yang dijangka diumumkan pada 11 April ini.

“Pengumuman data IPI Malaysia bagi Februari berkemungkinan memberi sokongan kepada ringgit sekiranya membabitkan kejutan positif,” katanya.

Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding dolar US akibat kekurangan permintaan, terutamanya disebabkan oleh pengukuhan indeks teknikal dolar US, penyusutan harga minyak serta unjuran pertumbuhan ekonomi global yang lebih perlahan.

Pada asas Jumaat hingga Jumaat, ringgit susut kepada 4.0870/0900 daripada 4.0800/0850 berbanding dolar US.

Ringgit bagaimanapun, didagangkan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain, pada minggu lalu.

Ia rendah sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0182/0207 daripada 3.0086/0128, sebelum ini dan susut berbanding euro kepada 4.5889/5927 daripada 4.5737/5809 dan turun berbanding pound Britain kepada 5.3458/3509 daripada 5.3122/3203.

Ringgit sebaliknya meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6583/6613 daripada 3.6820/6872, sebelum ini. -BERNAMA

Categories
NASIONAL Ringgit

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 27 MAC: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, sejajar mata wang serantau yang lemah, kata peniaga.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.0750/0790 berbanding dolar AS daripada 4.0700/0730 semasa ditutup, pada Selasa.

Beliau berkata, dolar AS mendapat sokongan mengenai kemungkinan Rizab Persekutuan AS mengambil pendekatan yang lebih kepada kadar faedah rendah dalam menaikkan kadar faedah.

“Sementara itu, ringgit turut dipengaruhi oleh harga minyak yang rendah, dan krisis minyak sawit dengan Kesatuan Eropah,” katanya.

Sehingga 9.25 pagi, penanda aras minyak mentah Brent berada pada US$67.32 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ia merosot berbanding pound British kepada 5.3786/3855 daripada 5.3740/3784 semalam, dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0114/0146 daripada 3.0130/0164 sebelum ini.

Ringgit turut meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6861/6907 daripada 3.6869/6906 dan menokok berbanding euro kepada 4.5889/5950 daripada 4.6060/6098. -BERNAMA

Categories
NASIONAL Ringgit

Ringgit dijangka kekal lemah minggu depan

KUALA LUMPUR, 16 MAC: Ringgit dijangka kekal lemah, dalam dagangan berhati-hati minggu depan, berlegar sekitar RM4.1197 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pelabur akan menunggu Indeks Harga Pengguna (CPI) Februari dikeluarkan pada 22 Mac ini yang kemungkinan besar akan memberi tekanan kepada Bank Negara Malaysia untuk menurunkan lagi Kadar Dasar Semalaman (OPR).

“CPI Februari mungkin akan turun dianggarkan 0.7 peratus, menjadikannya bulan kedua berturut-turut mencatatkan deflasi,” katanya kepada Bernama.

Inflasi Malaysia, diukur oleh CPI turun kepada 0.7 peratus pada Januari 2019, kali pertama pada November 2009 apabila CPI jatuh 0.1 peratus.

Selain itu, katanya pelabur juga sedang menunggu hasil mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan, dijadualkan minggu depan dari 19 hingga 20 Mac bagi hala tuju baharu kadar faedah AS.

Sementara itu, Lukman Otunuga, penganalisis penyelidikan di FXTM, menjangkakan ringgit akan menyaksikan rintangan pada paras RM4.100 dan sokongan pada paras RM4.0615.

“Walaupun ringgit susut satu peratus, tahun ke tarikh ini, meningkat berbanding dolar US, kemungkinan dolar US akan menjadi semakin lemah adalah agak mustahil pada masa depan, dengan asas ekonomi AS dilihat berdaya tahan dalam keadaan pertumbuhan global yang kurang memberangsangkan.

“Sekiranya indeks CPI Februari bertukar positif, itu mungkin akan menyingkirkan “masalah” daripada deflasi Januari dan mengurangkan kebimbangan yang menyelubungi tekanan terhadap harga domestik, membolehkan Bank Negara Malaysia untuk mengekalkan kadar OPR sepanjang 2019,” katanya.

Bagaimanapun, risiko bagi prestasi ringgit terus menyusut kekal dapat dibendung oleh keyakinan pasaran global dengan penangguhan risiko global seperti perdagangan AS-China, Brexit dan pertumbuhan global lebih perlahan.

Sepanjang minggu ini, urus niaga ringgit kekal pada paras antara 4.078 dan 4.095 berbanding dolar US dengan belian disokong oleh pengeluaran perindustrian yang lebih baik daripada jangkaan pada Januari dan niaga hadapan Brent yang melepasi paras US$68 setong.

Bagi minggu yang baru berakhir, ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar US berikutan sentimen lemah berterusan didorong oleh petunjuk luaran kurang memberangsangkan.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, ringgit kekal pada paras 4.0890/0940 daripada 4.0890/0930 bebranding dolar US.

Ia menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0197/0245 daripada 3.0064/0104 Jumaat lepas, turun berbanding euro kepada 4.6287/6360 daripada 4.5842/6895 dan susut berbanding pound Britain kepada 5.4220/4307 daripada 5.3509/3577.

Ringgit, bagaimanapun meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6623/6671 daripada 3.6798/684. –BERNAMA

Categories
NASIONAL Ringgit

Ringgit rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, berikutan penolakan perjanjian Brexit oleh penggubal undang-undang Britain.

Pada 6 petang, mata wang tempatan adalah 4.0865/0905 berbanding dolar AS daripada 4.0820/0860 pada penutupan Selasa.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, perkembangan luar selepas Ahli Parlimen British menolak tawaran kedua yang dicadangkan Perdana Menteri, Theresa May, menyebabkan kesan harga rendah dalam pasaran pertukaran mata wang asing.

“Hari ini, Brexit tiada rundingan akan menjalani pengundian. Jika ini ditolak, undi untuk menangguhkan tarikh Brexit akan dikemukakan.

“Oleh itu, minggu ini adalah minggu Brexit dan reaksi pasaran belum dapat ditentukan lagi,” katanya.

Selain itu, keyakinan pengguna yang semakin merosot di Australia pada Mac dan penguncupan 2.9 peratus yang lebih luas daripada jangkaan bagi Core Machine Order Jepun pada Januari juga memberi impak ketara ke atas penyusutan pasaran mata wang.

“Sekarang ini bukan masa untuk mengambil risiko. Dana asing juga penjual bersih semalam, mungkin menjadi penyebab ringgit kembali beralih ke arah penyusutan,” katanya.

Secara keseluruhan, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0134/0168 daripada 3.0094/0128 dan yen Jepun kepada 3.6706/6752 daripada 3.6646/6692 dan euro kepada 4.6153/6219 daripada 4.6016/6066.

Bagaimanapun, ringgit mengukuh berbanding pound British kepada 5.3668/3729 daripada 5.3899/3972, sebelum ini. -BERNAMA