Categories
EKONOMI Ringgit

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pagi ini

KUALA LUMPUR, 21 DIS: Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), hari ini ekoran mata wang tempatan itu kekal menarik dengan kedudukan lebih baik, berbanding mata wang serantau dalam berhadapan lengkok pulangan bon AS yang curam, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, ringgit berada pada 4.0650/0680 berbanding dolar AS, dari 4.071/0770 penutup semalam.

Tumpuan utama semalaman ialah lengkok pulangan AS yang semakin curam ekoran pulangan bon 10 tahun AS didagangkan, pada paras tertinggi sembilan bulan di tengah-tengah pembubalan rang undang-undang percukaian.

Ketua Dagangan Asia Pasifik OANDA, Stephen Innes berkata, ringgit memposisikannya dengan baik berbanding mata wang serantau.

Ringgit didagangkan kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0234/0263 dari 3.0247/0310 penutup semalam dan lebih tinggi berbanding pound British, pada 5.4333/4393 dari 5.4515/4607.

Ia susut berbanding euro kepada 4.8268/8308 dari 4.8188/8264, lebih rendah berbanding yen kepada 3.5888/5917 dari 3.5976/6035.

*Sumber: BERNAMA

Categories
EKONOMI Ringgit

Ringgit dibuka tinggi pagi ini

KUALA LUMPUR, 11 DIS: Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), pagi ini setelah minat terhadap mata wang tempatan kembali disokong kesan limpahan positif daripada data perdagangan yang tinggi dan unjuran keluaran dalam negara kasar kukuh, kata seorang peniaga.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan dibuka pada 4.0850/0880, berbanding dolar AS dari 4.0870/0890, pada Jumaat.

Seorang peniaga berkata, prestasi perdagangan lebih baik mendorong momentum belian bagi mata wang tempatan.

Data dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menunjukkan jumlah perdagangan Malaysia, pada Oktober 2017 melonjak 19.8 peratus berbanding tahun ke tahun kepada RM154.26 bilion, dengan eksport meningkat 18.9 peratus kepada RM82.41 bilion.

Peniaga itu berkata, ringgit masih mempunyai ruang untuk naik setelah sentimen positif luar dan domestik mempengaruhi dolar AS.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi kecuali berbanding euro.

Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0188/0230 dari 3.0191/0217 pada Jumaaat, meningkat berbanding yen kepada 3.5941/5976 dari 3.5983/6011 dan menokok berbanding pound kepada 5.4694/4746 dari 5.5076/5107 sebelumnya.

Mata wang tempatan diniagakan rendah berbanding euro, pada 4.8089/8128 dari 4.7961/7997, pada Jumaat.

*Sumber: BERNAMA

Categories
NASIONAL Ringgit

Ringgit dibuka lebih tinggi pagi ini

KUALA LUMPUR, 26 OKT: Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), pagi ini susulan penyusutan semalam.

Ia ekorann kelemahan dolar AS yang dipengaruhi spekulasi perubahan dalam penerajuan Rizab Persekutuan negara itu.

Pada jam 9 pagi, ringgit berada pada 4.2310/2340 berbanding dolar AS daripada 4.2340/2370 penutup Rabu.

Peniaga berkata, kebimbangan berhubung pelantikan pengerusi baharu Rizab Persekutuan mengalih sentimen pelabur ke arah mata wang negara membangun, termasuk ringgit.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1101/1130 daripada 3.1055/1079, semalam dan lebih lemah berbanding yen, pada 3.7228/7265 daripada 3.7069/7105.

Ringgit susut berbanding pound British kepada 5.6128/6181 daripada 5.5902/5962 dan lebih rendah berbanding euro, pada 5.0002/0042 daripada 4.9817/9869.

Categories
NASIONAL Ringgit

Ringgit dibuka rendah pagi ini

KUALA LUMPUR, 23 OKT: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), pagi ini ekoran pengukuhan dolar AS membendung permintaan terhadap unit tempatan, kata peniaga.

Pada 9.03 pagi, ringgit berada pada 4.2270/2330 berbanding dolar AS daripada 4.2240/2260 penutup Jumaat.

Peniaga berkata, dolar AS mengukuh selepas pengumuman agenda reformasi cukai Presiden Donald Trump, yang membuka laluan bagi pemotongan cukai, tanpa sokongan Demokrat.

*Sumber: BERNAMA

Categories
NASIONAL Ringgit

Ringgit kukuh berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 20 OKT: Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, dipacu permintaan komersial sederhana, kata peniaga.

Pada jam 9.10 pagi, ringgit diniagakan kepada 4.2190/2220 berbanding dolar AS daripada penutup semalam, iaitu 4.2220/2250.

Peniaga bagaimanapun, berkata mata wang domestik itu dijangka bergerak di antara jajaran lebih ketat sekitar paras 4.22 selepas pelabur menunggu lebih banyak petunjuk mengenai hala tuju pasaran.

“Ringgit mungkin terus mencari sokongan daripada jangkaan sentimen positif mengenai Bajet 2018 minggu depan.

“Beberapa langkah propertumbuhan akan membantu meningkatkan keyakinan pelabur untuk menarik lebih banyak pelaburan swasta dan meningkatkan aliran dana asing ke negara ini,” katanya.

Ringgit bagaimanapun diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama, pada sesi awal dagangan hari ini.

Ia mengukuh berbanding yen kepada 3.7429/7466 daripada 3.7466/7502, pada Khamis dan menokok berbanding pound British kepada 5.5505/5557 daripada 5.5536/5593 yang dicatatkan, semalam.

Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1100/1129 daripada 3.1097/1123, pada Khamis dan merosot berbanding euro kepada 5.0008/0052 daripada 4.9870/9923 yang dicatatkan sebelumnya.

*Sumber: BERNAMA

Categories
EKONOMI Ringgit

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 19 OKT: Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan kebanyakan mata wang utama berikutan peningkatan permintaan terhadap mata wang domestik, kata peniaga.

Pada jam 9.15 pagi, ringgit berada pada paras 4.2180/2230 berbanding dolar AS daripada penutup semalam iaitu 4.2220/2250.

Pasaran mata wang ditutup semalam bersempena perayaan Deepavali.

Peniaga berkata, minat risiko yang lebih baik terhadap ringgit disebabkan permintaan komersial yang kukuh.

“Sementara itu, dolar AS yang sebelum ini disokong kenaikan hasil bon AS susut selepas data pembinaan kediaman AS menunjukkan kejatuhan pada September,” katanya.

Mata wang tempatan menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.1092/1134 daripada 3.1133/1160 pada Selasa dan mengukuh berbanding yen kepada 3.7354/7408 daripada 3.7636/7669 sebelumnya.

Ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding pound British kepada 5.5728/5811 daripada 5.5946/5994 pada Selasa.

Ia bagaimanapun, susut berbanding euro kepada 4.9810/9874 daripada 4.9642/9686 sebelumnya.

*Sumber: BERNAMA

Categories
NASIONAL Ringgit

Ringgit kukuh berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 9 OKT: Ringgit mencatat lantunan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susulan permintaan baharu selepas aktiviti pengambilan untung sederhana minggu lalu, ekoran kemunculan semula ketegangan berhubung ujian nuklear Korea Utara, kata peniaga.

Pada 9.15 pagi, ringgit disebut pada harga 4.2290/2340, berbanding 4.2360/2390 Jumaat.

Bagaimanapun, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih lemah berbanding mata wang utama pagi ini.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0984/1025 daripada 3.0999/0039 Jumaat tetapi lebih lemah berbanding yen kepada 3.7561/7615 daripada 3.7500/7533.

Ringgit susut berbanding euro kepada 4.9644/9720 daripada 4.9574/9626 dan turun berbanding pound British kepada 5.5345/5415 daripada 5.5326/5378 sebelumnya.

*Sumber: BERNAMA

Categories
EKONOMI NASIONAL Ringgit

Ringgit susut berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR, 6 OKT: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), pada hari dagangan terakhir minggu ini, menjelang penyiaran Laporan Pekerjaan AS lewat hari ini.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan didagangkan pada 4.330/2360 berbanding dolar daripada 4.2270/2300 yang direkodkan, petang semalam.

Penganalisis FXTM Research, Lukman Otunuga berkata, dolar kembali meningkat selepas unjuran data AS mengukuh, yang seterusnya menyokong jangkaan kenaikan kadar faedah US sebelum akhir tahun.

“Sentimen ke atas ekonomi US terus memperoleh rangsangan, pada Rabu selepas Indeks Pengurus Pembelian Bukan Pengilangan mencatatkan paras 59.8 pada September, bacaan tertinggi sejak Ogos 2005.

“Dengan pertumbuhan sektor perkhidmatan US dijangkakan mencecah paras tertinggi dalam tempoh 12 bulan pada September, unjuran ke atas ekonomi US diunjur terus mengukuh pada separuh kedua 2017,” katanya lapor BERNAMA.

Mata wang tempatan bagaimanapun didagangkan tinggi berbanding mata wang utama lain, hari ini.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0997/1035 berbanding 3.1026/1060 semalam dan meningkat berbanding yen kepada 3.7507/7543 daripada 3.7533/7563 semalam.

Ringgit juga tinggi berbanding euro kepada 4.9564/9604 daripada 4.9722/9762 semalam dan mengukuh berbanding pound British kepada 5.5461/5513 daripada 5.5767/5823 semalam.